Pemandangan Sekolah

Pemandangan Sekolah

Selasa, 28 November 2017

Penyebaran KIT ABAD 21


PENYEBARAN KIT PEMBELAJARAN ABAD 21
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SR DAERAH MUAR 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT

TARIKH   :    20 NOVEMBER 2017 ( ISNIN )
TEMPAT   :    Makmal Komputer SKPBD
MASA  :    02.00 ptg hingga 05.00 ptg

PENCERAMAH
GB                     
Rajeswary Naidu a/p Ramasamy Naidu    ( SISC+ ) PPD Muar
Seri Saerah binti Mahpal   -   (  FASILINUS )
Utz. Razlan bin Shahil -  ( Pen. PPD / Penyelia )

AGENDA :

1.   Definisi dan Konsep  PAK 21  -    30 minit    -    GB
2.   Pedagogi PAK 21  -   3 jam   -   Pn. Rajeswary Naidu
3.   Aktiviti PAK 21   -   1 jam  -   Pn. Seri Saerah
4.   Rumusan  -   30 minit  -   Utz. Razlan














Isnin, 20 November 2017

Teks Ucapan GB Hari Anugerah Cemerlang 2017


TEKS UCAPAN GB 
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2017

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..

Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Encik Haris Fadilah bin Abd Salam (YDP PIBG SK. PT Bakar Darat) selaku perasmi Hari Anugerah Cemerlang,
……………………………………………………………………………………………………….
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKPBD, Pelajar-pelajar yang diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

      Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

      Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.


      Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘Memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘Menerima’. Selain insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. 

     Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

      Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

       Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah.

MAKLUMAN IBU BAPA
1.   Surat Cuti Sekolah dan Persediaan Awal Tahun 2018 telah diedarkan kepada murid semalam ( 21 Nov 2017 )
-      Sekolah bermula 01 Januari 2018 ( Isnin )
-      Harapan mengawasi keselamatan murid dan membantu murid dalam mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti sekolah. Buku teks dah diberi kepada murid.
2.   Ibu bapa juga diingatkan supaya mendapatkan :
-      Senarai jualan buku
-      Sumbangan Program
-      Senarai Kelengkapan
Diambil mulai 20 Dis 2017 dan jualan buku tulis dan sebarang bayaran boleh dibuat pada 28 Dis 2017(Khamis) bermula jam 8.00pg di kantin sekolah.
3.   Ibu bapa murid Tahun 1 2018, Pendaftaran dan Program Transisi Thn 1 akan dijalankan pada 28 Dis 2018 ( Khamis ) bermula 8.00pg dgn berpakaian lengkap.
4.   Khas Ibu Bapa murid Tahun 6 selepas keputusan UPSR.  Makluman pembukaan permohonan atas talian program peneraju Tunas Geliga 6 2017.( Pembiayaan pendidikan murid lepasan UPSR untuk sekolah berasrama ) Ibu bapa boleh mohon dgn syarat : 4A 2B dan pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000.00. Dibuka mulai 13 Nov – 08 Dis 2017. Web www.yayasanpeneraju.com.my   
Siapa yg berminat dan berkelayakan bolehlah jumpa Cg. Salmie.

5.   Baju karektor murid – sila jumpa GPK Kokurikulum.



Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang  2017 Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat  pada hari ini.

   Ikan sembilang sepat dan kelah,
             Guna bubu biasa di hujung,
             Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
            Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Sekian sahaja ucapan saya.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.



HJ. MOHD ZUKI BIN MD SAMAN
GB

SK PT BAKAR DARAT @ 2017

Isnin, 6 November 2017

Selasa, 24 Januari 2017

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN GURU WANITA DALAM BERKETERAMPILAN KETIKA MENGAJAR

Tiap hari, guru akan bertemu dengan pelajarnya, sama ada untuk sesi pembelajaran di dalam atau aktiviti di luar kelas. Oleh itu, penampilan dan perlakuan guru sering menjadi perhatian pelajar.
Apa-apa sahaja yang digayakan, diucapkan atau dilakukan oleh guru tersebut boleh menjadi inspirasi kepada pelajar. Selain pelajar, guru turut bertemu dengan ibu bapa dan tetamu profesional dari luar institusi. Pertemuan sebegini, walaupun tidak kerap tetap menuntut kepada penampilan guru yang mampu membawa perspektif positif kepada institusi pendidikan yang diwakili guru ini.
Pentingnya guru menjaga penampilan sebenarnya ada tiga tujuan utama iaitu menjaga kredibiliti profesion keguruan; mengundang rasa hormat daripada sesiapa juga yang berurusan dengan guru; dan membina identiti guru yang efektif.

Sebagai guru, berikut tip penampilan yang baik untuk diamalkan:

1. Potongan pakaian perlu profesional. Adalah baik sekiranya guru mempunyai blazer formal yang berpadanan dengan rangka tubuh.

2. Pilih warna yang pekat dan kurangkan penggunaan warna pastel. Warna-warna pekat membawa mesej yang lebih tegas dan berpendirian manakala warna-warna pastel membawa mesej lebih santai dan kasual.

3. Untuk guru wanita, kasut perlu selesa, bertumit dan bertutup penuh.

4. Jangan lupa pakai jam. Jam adalah aksesori pelengkap yang boleh membawa mesej profesional. Pilih jam yang ringkas gaya rekaannya dan diperbuat daripada metal.

5. Minimumkan corak pada pakaian. Pakaian polos lebih berautoriti berbanding pakaian yang dipenuhi motif flora.

Antara perkara dilarang dalam berketerampilan, guru perlu elakkan:
1. Aksesori terlalu sarat.
2. Pakaian yang terlalu banyak perincian.
3. Warna-warna yang kelihatan lesu atau tidak bertenaga.
4. Gaya tudung yang lebih sesuai ke majlis khas.
5. Mekap yang terlalu tebal.
6. Muka pucat tiada langsung mekap.

a) Apabila kalangan guru jelas terhadap kepentingan berketerampilan secara profesional, isu rasa cemburu tidak akan timbul. Perkara yang perlu difokuskan adalah kesan penampilan secara kemas dan konsisten terhadap karisma seorang guru. 

b) Pelajar melihat guru yang berkarisma sebagai idola yang memberi motivasi untuk tampil bergaya secara profesional setiap hari. 

c) Selain menjaga penampilan dari sudut pakaian, guru-guru juga perlu menambah baik teknik komunikasi apabila berhadapan dengan pelajar, rakan sekerja, ibu bapa dan tetamu institusi yang lain. 
d) Imej bukan sahaja merujuk kepada teknik berpakaian malah salah satu komponen besar dalam imej juga adalah gaya pertuturan. Komunikasi adalah perkara yang dilakukan setiap hari oleh golongan guru.

e) Jika kemahiran ini tidak diasah dengan kerap, dikhuatiri gaya pertuturan yang selama ini mungkin kurang berkesan berterusan diamalkan. Berpenampilan mengikut kemampuan diri.

f) Sekiranya mahu membeli sesuatu yang tinggi harganya, letakkan sasaran awal dan amalkan menyimpan bagi tujuan tersebut.

g) Tidak salah jika mahu membeli sesuatu yang berkualiti pada harga yang lebih mahal sedikit.

Namun perlu jelas tujuannya bukan untuk bersaing dengan sesiapapun dan elakkan membeli secara berhutang.

Selasa, 17 Januari 2017

ADAKAH ANDA LAYAK MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN?

Adakah saya layak dikenakan cukai ?
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan
Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :
  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.
Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.
Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-5436 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.
Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing
Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.
Apa itu Skop Pengenaan Cukai
Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.
Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.

Isnin, 26 Disember 2016

TAKWIM PEPERIKSAAN

TAKWIM PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN TAHUN 2017

1 SIJIL PELAJARAN MALAYSIA ULANGAN (SPMU)
Ujian Lisan
Ujian Bertulis
6 Jun – 1 Julai
6 – 8 Jun

2 UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH (UPSR) 11-14 dan 18 September

3 PENTAKSIRAN TINGKATAN 3 (PT3)
Ujian Instrumen Pelbagai (Sejarah) 2 – 26 Mei
Ujian Instrumen Pelbagai (Geografi) 9 – 31 Julai
Ujian Bertutur (BM, BI & BA (KBD)) 2– 30 April
Ujian Mendengar
i) Bahasa Melayu
i) Bahasa Inggeris
ii) Bahasa Arab (KBD)
22 Ogos
23 Ogos
24 Ogos
Maharat Al-Quran & Hifz Al-Quran (KBT) – Ujian Tilawah &
Ujian Hafazan
10 - 22 September
Ujian Bertulis 9 – 12 Oktober

4 PENTAKSIRAN PENDIDIKAN ASAS VOKASIONAL (PAV) 9 – 11 Oktober

5 SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA (STAM)
Kerja Kursus
Ujian Lisan
Ujian Bertulis
1 Mac – 31 Julai
17 – 27 Julai
23 & 25 Oktober,
30 – 31 Oktober,
dan
1 November

6. SIJIL PELAJARAN MALAYSIA
Ujian Lisan 6 Jun – 1 Julai
Ujian Bertulis 6 November – 4 Disember

BIL PEPERIKSAAN 2017
7 PENTAKSIRAN ALTERNATIF SEKOLAH RENDAH (PASR)
ProKhas 1 Julai – Ogos
ProKhas 2 September

8 UJIAN PENCAPAIAN BAHASA ANTARABANGSA (UPBA) 25 Julai
9 The Associated Board Of The Royal Schools Of Music
(ABRSM)
Teori A 11 Mac
Amali 1 22 Mac – 28 April
Teori B 12 Ogos
Amali 2 7 Jun – 25 Ogos

10 The Association Of Chartered Certified Accountants
(ACCA)
6 – 10 Mac
5 – 9 Jun
4 – 8 September
4 – 8 Disember

11 University of London (UoL) 6 – 10 Mac
2 Mei – 23 Jun
4 September – 27
Oktober
4 – 8 Disember

12 The Institute Of Chartered Secretaries And Administrators
(ICSA)
6 – 9 Jun
5 – 8 Disember

13 The Association Of International Accountants (AIA) 22 – 25 Mei
27 – 30 November

14 Diplome d’Etudes En Language Francaise (DELF)
Peperiksaan Bertulis 5 September
Peperiksaan Lisan 6 – 29 September
*Tertakluk kepada pindaan dan akan dikemas kini dari semasa ke semasa

PERSEDIAAN AWAL PERSEKOLAHAN 2017

LANGKAH-LANGKAH PERLU
PERSEDIAAN PEMBUKAAN SEKOLAH 2017

A  SEKTOR PENGURUSAN SEKOLAH

1 Tiada Kutipan Bayaran Awal Tahun

1.1 Pemansuhan bayaran tambahan telah berkuatkuasa mulai sesi persekolahan 2012 lagi. Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 ¡V Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan bertarikh 3 November 2011.

1.2 Walaupun, SPI 11/2011 jelas menggariskan bayaran-bayaran yang dibenarkan mengikut peruntukan Akta Pendidikan 1996 dan surat siaran berkaitan (Para 3 dan Lampiran B), namun masih terdapat sekolah yang membuat kutipan bayaran persekolahan di luar kebenaran berkenaan.

1.3 Oleh itu, Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 - Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan telah dikeluarkan. Surat siaran ini jelas disediakan bertujuan memudahkan pihak sekolah mengendalikan kutipan / bayaran keperluan persekolahan murid.

2 Bayaran Berkaitan Persekolahan (Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 4 Tahun 2011 : Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan )

2.1 Keperluan Asas Persekolahan
(a) Pakaian seragam sekolah
(b) Buku latihan
(c) Peralatan teknikal dan pendidikan seni
(d) Alat tulis
(e) Lencana
(f) Tag nama
Oleh itu, murid-murid hanya perlu menyediakan keperluan asas persekolahan seperti yang disenaraikan di atas sahaja sewaktu mendaftar atau memulakan sesi persekolahan.

2.2 Bayaran Berkaitan Persekolahan Johor

2.2.1 Pembelian keperluan lain yang disediakan oleh pihak sekolah sama ada di koperasi / kedai buku sekolah adalah atas pilihan ibu bapa. Sekiranya mereka memilih untuk mendapatkan keperluan tersebut dari koperasi / kedai buku sekolah, ibu bapa hendaklah membuat urusan terus dengan koperasi / kedai buku tersebut.

2.2.2 Keperluan yang disediakan oleh pihak sekolah bagi tujuan penyeragaman, kekemasan diri murid dan identiti sekolah, maka pihak sekolah hendaklah menentukan kaedah perolehan dan pembayarannya supaya tidak membebankan ibu bapa.

2.3 Bayaran Asrama
2.3.1 Yuran Makan Asrama
Mulai tahun 2010, Yuran Makan Asrama sebanyak RM 1.00 kekal dikenakan kepada ibu dan bapa / penjaga murid dengan pendapatan berjumlah RM 4,999.00 sebulan dan ke bawah. Bagi ibu bapa / penjaga murid berpendapatan RM 5,000.00 sebulan dan ke atas, mereka dikenakan bayaran Yuran Makan Asrama sebanyak RM 3.00 sehari.

2.3.2 Murid asrama Sekolah Pendidikan Khas, Murid Orang Asli, PPRT, Asrama Desa, asrama sekolah di negeri Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan kekal dikecualikan daripada membayar Yuran makan Asrama.
(Surat Bahagian Kewangan, KP(BKEW/BT)1800/DJld.3(33) bertarikh 11 November 2009)

2.3.3 Bayaran Yuran Makan Asrama boleh dijelaskan secara berperingkat mengikut penggal persekolahan tahun semasa.

2.3.4 Wang Cagaran Asrama dan Yuran Kebajikan Murid Asrama telah dimansuhkan melalui Surat Pekeliling Ikhtisas Bilangan 11 Tahun 2011 ¡V Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan Di Sekolah Kerajaan Dan Sekolah Bantuan Kerajaan bertarikh 3 November 2011.

2.4 Majalah sekolah

2.4.1 Pembelian majalah sekolah adalah seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 8(2)(d), Peraturan-peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah Dan Bahan Multi Media) 1998.

2.4.2 Pihak sekolah hanya dibenarkan mengutip bayaran bagi sebuah majalah sahaja untuk satu keluarga, bukan setiap anak dalam satu keluarga di sekolah yang sama.
2.4.3 Murid-murid tidak boleh dipaksa untuk membeli majalah sekolah.

3 Kutipan Sumbangan PIBG Selepas Mendapat Kelulusan Pendaftar
3.1 Sumbangan PIBG adalah seperti yang diperuntukkan di bawah subseksyen 5(4) Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa ¡V Guru) 1998.
3.2 Pihak sekolah perlu menghantar pemohonan kutipan sumbangan dalam masa 2 minggu selepas Mesyuarat Agung. Manakala proses kelulusan akan dilakukan dalam masa 2 minggu.

4 Kadar Sumbangan Dibincangkan dalam Mesyuarat Agung PIBG (berdasarkan kepada INSTRUMEN PENILAIAN (IP - PIBG) Kementerian Pendidikan Malaysia)
4.1 Kadar sumbangan adalah ditetapkan setelah mendapat persetujuan MesyuaratAgung PIBG. Kadar sumbangan tersebut hendaklah munasabah dan tidak membebankan ibu bapa.
(a) Kutipan Sumbangan PIBG hendaklah dimaklumkan kepada Pendaftar.
(b) Penggunaan wang PIBG mengikut peraturan sedia ada persatuan yang diluluskan dalam mesyuarat dan perlu mendapat kebenaran Pendaftar.
(c) PIBG membelanjakan wang PIBG bagi perkara-perkara yang mendatangkan faedah kepada murid seperti program kecemerlangan, pasarana dan kemenjadian murid.
(d) PIBG perlu membuka akaun bank.

4.2 Pelaporan Kewangan PIBG perlulah dilaksanakan dan bukti ditunjukkan di dalam Minit Mesyuarat Agung iaitu :
(a) Laporan Kewangan dibentang dan diedar dalam mesyuarat AJK PIBG..
(b) Laporan Kewangan dibentang oleh Bendahari PIBG dalam mesyuarat AJK & Mesyuarat Agung PIBG.
(c) Laporan Kewangan disahkan oleh Juru Audit Dalaman dan ditandatangani oleh YDP PIBG.

5 Hari Pertama Persekolahan
5.1 Perhimpunan mingguan sekolah merupakan agenda pendidikan yang wajib dilaksanakan oleh semua pemimpin sekolah. Kewajiban menjadikan perhimpunan sekolah sebagai agenda mingguan yang perlu dimasukkan dalam jadual waktu persekolahan telah menjadikan ianya perlu diurus secara professional.

5.2 Prosedur dan arahan daripada KPM telah dikeluarkan untuk memperjelas pengurusan perhimpunan mingguan sekolah supaya lebih berobjektif dan efektif. Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengeluarkan beberapa surat pekeliling untuk panduan pengurus sekolah bagi mengendalikan perhimpunan mingguan.
(a) Surat Pekeliling Am Bil. 23/1966
(b) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1975
(c) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 8/1975
(d) Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 4/1984

5.3 Perhimpunan Sekolah :
SPI 4/1984 Perkara 3.2.2 : Perhimpunan sekolah hendaklah dijalankan dengan ringkas dan tidak mengambil masa yang berlarutan.
Sehubungan itu, proses PdP sesi pagi bermula pada masa kedua.

6 Pengesahan Maklumat Online
6.1 Kehadiran murid dalam Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)
KPM akan menjalankan pemantauan secara online bermula pada hari pertama persekolahan. Semua Pengetua dan Guru Besar perlu memastikan pengisian data kehadiran murid dalam APDM dikemaskini dan dilengkapkan pada pukul 9.00 pagi (sesi pagi) dan 3.00 petang ( sesi petang) setiap hari.

6.2 Keberadaan Guru Dalam e-Operasi
Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan keberadaan guru di sekolah masing-masing pada setiap hari. Keberadaan Guru juga perlu diisi dalam e-Operasi bermula pada hari pertama sesi persekolahan 2017.

6.3 Kemas Kini Profil Guru Dan AKP Dalam e-Operasi
Semua Pengetua dan Guru Besar juga perlu memastikan pengisian lengkap sepenuhnya profil guru dan AKP dalam pengisian data di atas talian e-Operasi.

6.4 Elaun Murid Khas

7 Pendaftaran Murid
7.1 Penyemakan Sijil Lahir asal setiap murid yang mendaftar di sekolah perlu dilakukan dengan teliti bagi menentukan taraf sah kewarganegaraan murid berkenaan.

7.2 Penentuan taraf sah kewarnegaraan hendaklah merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/2009 - Kemasukan Kanak-kanak Warganegara Malaysia Tanpa Dokumen Ke Sekolah:
(a) Pastikan tiada Murid Bukan Warganegara (MBW) yang mendaftar di sekolah tanpa kelulusan Pendaftar. Setiap MBW mestilah terlebih dahulu mendapat kelulusan Pendaftar.
(b) Pendaftaran MBW akan bermula pada minggu kedua Januari 2017. Adalah dinasihatkan agar arahan tarikh pendaftaran ini dipatuhi oleh mereka yang terbabit.
(c) Perakuan rawatan hospital MBW perlu menyatakan dengan jelas taraf kewarganegaraan murid.

7.3 Pendaftaran Murid Ikut Kohort Umur (Berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/1998 bertarikh 7 Mei 1998)
Dimohon pihak sekolah agar membuat semakan dengan teliti tarikh lahir murid di sekolah masing-masing. Pastikan ikut kohot umur yang telah ditetapkan agar tidak timbul isu pada masa akan datang terutamanya apabila tiba masa pendaftaran peperiksaan awam.

7.4 Penempatan Murid Tahun 6 ke Peralihan atau Tingkatan 1

7.4.1 Murid-murid yang dikecualikan ke kelas Peralihan perlu mematuhi Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 17 Tahun 2016 ¡V Kemasukan Murid Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ke Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanpa Melalui Kelas Peralihan Bagi Sesi Persekolahan Tahun 2017 bertarikh 30 November 2016.

7.4.2 Pihak sekolah perlu melaksanakan proses penempatan murid ke Sekolah-sekolah Menengah Harian berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan melalui Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)

8 Hari Pendaftaran Sekolah
Hari Pendaftaran Sekolah ditetapkan pada 29 Disember 2016. Namun, pengecualian diberikan kepada sekolah yang mempunyai asrama.

9 Menyambut kehadiran murid
9.1 Program ini bertujuan untuk menerapkan amalan penyayang dalam kalangan guru bagi melahirkan murid-murid yang berketrampilan, dan berakhlak mulia. Program ini juga diharap dapat membendung salah laku dalam kalangan mereka.
9.2 Program Sekolah Penyayang diharapkan agar dapat diteruskan di setiap sekolah. Sesungguhnya program ini mempunyai impak yang besar kepada murid. Kemesraan yang dipancarkan oleh guru ketika menyambut ketibaan murid dapat meningkatkan keyakinan murid dan ibu bapa terhadap sekolah.

9.3 Kepada guru pula, melalui program ini diharap dapat :
(a) Menjiwai amalan penyayang adalah budaya guru
(b) Menginsafi bahawa kehadiran murid merupakan rahmat kepada sekolah
(c) Menyedari bahawa setiap murid adalah aset kepada sekolah
(d) Menghargai sumbangan murid, ibu bapa, komuniti dan masyarakat kepada sekolah
10 Pastikan Sekolah Bersedia Untuk Memulakan Hari Pertama Persekolahan.
Iklim pembelajaran yang kondusif merupakan prasyarat bagi kelangsungan aktiviti pembelajaran yang dinamis, kreatif dan produktif. Adalah diharapkan agar guru-guru dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif, bersih, selamat dan merangsang pelajar ke tahap pembelajaran maksimum seawalnya hari pertama persekolahan.

11 Pengawal Keselamatan Sekolah Berinformatif
PGB adalah diingatkan agar sentiasa memastikan Pengawal Keselamatan Sekolah sentiasa berinformatif. Para Pengawal Keselamatan Sekolah juga dikehendaki mematuhi SOP yang ditetapkan.

12 Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat
Merujuk Surat Pekeliling Ikhtisas Bil 4/1985 ¡V Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat
12.1 Antara kandungan SPI Bil 4/1985 :
(a) Konsep, strategi dan pendekatan sekolah sebagai institusi masyarakat
(b) Pelibatan sekolah dalam bandar
(c) Pelibatan sekolah luar bandar
(d) Pelibatan agensi kerajaan dan swasta
(e) Panduan pelaksanaan

12.2 Pelibatan bersama di antara sekolah dengan masyarakat adalah dicadangkan seperti berikut :
(a) Pelibatan diri secara langsung
(b) Pelibatan dengan memberi sumbangan material dan kepakaran
(c) Menjadikan sekolah sebagai suatu pusat aktiviti masyarakat dan agen perubahan
(d) Memikirkan cara untuk meningkatkan mutu pembelajaran di sekolah
(e) Mengadakan bantuan / khidmat sosial oleh sekolah kepada masyarakat
12.3 Hubungan antara sekolah dan masyarakat haruslah bersifat dua hala.

16 Takwim 2017
Adalah diharapkan setiap sekolah telah menyediakan takwim 2017. Setiap sekolah layak memohon 4 hari cuti peristiwa yang ditetapkan hanya kepada aktiviti sekolah sahaja.

17 Pemantauan awal tahun oleh JNJK
Sekolah terlibat diminta bersedia mengikut item-item yang ditetapkan dalam intrumen pemantauan JNJK.

B SEKTOR KHIDMAT PENGURUSAN DAN PEMBANGUNAN
1 Semua Pengetua dan Guru Besar dimohon agar memastikan keperluan touch point (1 pelajar; 1 kerusi; 1 meja) adalah mencukupi.
2 Memandangkan tiada peruntukan perabot dan peralatan gantian di bawah OS35000 yang diturunkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia bagi tahun 2016, Pejabat Pendidikan Daerah adalah dinasihatkan agar melihat semula peruntukan touch point bagi tahun 2017 yang telah diberikan untuk dibuat penjajaran semula kepada sekolah yang berkeperluan.
3 Penghantaran Penyata Kewangan Bagi Tahun Berakhir 31 Disember 2016
(a) Sekolah dikehendaki mengemukakan Penyata Kewangan Tahunan Sekolah ke Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi tujuan semakan pada atau sebelum 31 Januari 2017
(b) Penyata Kewangan yang telah disemak diperingkat PPD hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Audit Sekolah tidak lewat dari 31 Mac 2017
(c) Kegagalan sekolah menghantar mengikut tarikh yang ditetapkan akan menyebabkan sekolah menerima ¡¥Sijil Audit Berteguran¡¦

4 Isu Lebihan Bayaran Gaji dan Elaun
Semua PGB diingatkan supaya membuat semakan Payroll Master Listing secara bulanan bagi mengelakkan berlaku lebihan bayaran gaji dan elaun terutama melibatkan pegawai-pegawai berikut:
(a) Pegawai Berpencen / Berhenti,
(b) Pegawai Bercuti Tanpa Gaji, dan
(c) Pegawai Bercuti Bersalin melebihi kelayakan
„h Tindakan pembetulan perlu diambil segera supaya tiada kes lebihan bayaran gaji dan elaun berlaku bagi tahun 2017

„h Tindakan tatatertib atau surcaj boleh dikenakan sekiranya berlaku kecuaian dan kegagalan pengurusan

C SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK
1 Jadual Waktu pengajaran dan pembelajaran disediakan mengikut SPI Bil 7/2016 (Prasekolah), SPI Bil 8/2016 (SR) dan SPI Bil 9/2016 (SM) sebelum sesi persekolahan bermula.
2 Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT) hendaklah disediakan oleh semua guru untuk mata pelajaran masing-masing dengan mengambil kira takwim dan aktiviti persekolahan.
3 Problem Based Learning atau Project Based Lerning perlu dirancang dan dimasukkan dalam RPT dengan jelas seperti yang dihasratkan dalam KSSR dan KSSM.
4 Rancangan Pelajaran Harian (RPH) disediakan berdasarkan RPT dengan memenuhi panduan penulisan yang ditetapkan dan SPI Bil 3/1999. RPH perlu dibawa bersama semasa pengajaran dan sedia dikemukakan apabila diperlukan.
5 Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP) dan / atau Huraian Sukatan Pelajaran perlu dibawa semasa pengajaran dan sedia untuk dikemukakan apabila diperlukan.
6 Murid yang pindah masuk perlu mengemukakan dokumen-dokumen Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) iaitu Pentaksiran Pusat (jika berkaitan), Pentaksiran Sekolah, Pentaksiran Psikometrik dan PAJSK yang lengkap dari sekolah asal. Adalah menjadi tanggungjawab sekolah asal untuk menyediakan dokumen-dokumen ini dengan lengkap.
7 Program Transisi dan Guru Penyayang perlu dilaksanakan seperti yang ditetapkan iaitu tiga (3) minggu pertama di sekolah rendah (SR) dan dari awal Januari hingga Mac di sekolah murid orang asli (SMOA).
8 Pentaksiran Sekolah (PS) dirancang dengan teratur mengikut prosedur yang ditetapkan bagi memastikan kualiti dan integriti pentaksiran tersebut.

9 Perancangan pembangunan akademik sekolah disediakan berdasarkan data-data yang berkaitan seperti head-count, pencapaian dalam PBS, LINUS dan lain-lain data berkaitan.

10 Mesyuarat JK Kurikulum Sekolah dirancang dan dilaksana sebagai wadah utama pembangunan holistik peningkatan prestasi dan kecemerlangan akademik sekolah.

D SEKTOR PEMBANGUNAN KEMANUSIAAN
1 Unit Asrama : Pendaftaran masuk ke asrama tahun 2017 adalah pada 31 Disember 2016. Tindakan pengurusan asrama:
(a) Menyambut penghuni asrama terutamanya penghuni baru
(b) Memberikan taklimat kepada ibubapa tentang pengurusan asrama
(c) Memastikan keperluan asas iaitu satu katil, tilam, bantal dan almari mencukupi untuk setiap penghuni asrama
(d) Menyediakan makan malam

2 Unit Dispilin : Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (GPK HEM) wajib key-in kehadiran murid dalam APDM pada hari pertama persekolahan 2017
(a) Sekolah 1 Sesi : Sebelum pukul 9.00 pagi
(b) Sekolah 2 Sesi : Sebelum pukul 2.30 petang (sesi petang)
3 Unit Kebajikan: Sekolah yang terlibat dengan agihan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) perlu melaksanakan seawal sesi persekolahan bermula seperti:
(a) Bekalan makanan mengikut menu RMT seperti dalam Pekeliling Bil. 2 Tahun 2016.
(b) RMT dilaksanakan sebelum sesi pembelajaran atau waktu rehat (10.00 pagi)
(c) Pegawai yang membuat Pemantauan Awal Tahun dapat membantu memastikan RMT dilaksanakan
4 Unit SPBT: Pengagihan buku dibuat sebelum sesi persekolahan bermula.

(a) Memastikan bekalan buku yang diterima oleh pihak Sekolah adalah sama seperti dalam borang Sijil Akuan Penerimaan (SAP)
(b) Memastikan semua murid telah mendapat pinjaman buku walaupun tidak lengkap sebelum sesi persekolahan bermula
(c) Semasa taklimat agihan buku Peringkat Daerah dan Negeri pihak sekolah boleh mendapatkan bekalan buku yang kurang dari sekolah yang mempunyai lebihan buku-buku tersebut.
(d) Kenal pasti buku-buku yang rosak untuk proses pelupusan dan membuat permohonan buku baru.

5 Unit Biasiswa / APDM :
5.1 Modul Pengurusan Murid - Aplikasi Pengkalan Data Murid (APDM)
5.1.1 Modul Pengurusan Murid ialah pengkalan data tunggal digunakan oleh semua aplikasi berasaskan data murid.
5.1.2 Dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Modul ini dijadikan repositori data murid dalam inisiatif #43 Pembangunan Repositori Data

5.1.3 Pembukaan sekolah 2017, semua sekolah diminta:
(a) Menetapkan kelas mengikut aliran, bidang dan jenis kelas yang diluluskan
(b) Melaksanakan pemindahan murid ke kelas yang sebenar 2017
(c) Memastikan enrolmen murid adalah tepat dan betul
(d) Memastikan setiap maklumat dalam medan-medan yang terdapat dalam APDM lengkap dan betul
(e) Memastikan setiap taraf kewarganegaraan, kaum, agama dan jantina murid adalah tepat mengikut dokumen
(f) Memastikan setiap maklumat ibubapa dan penjaga diisi dan dikemaskini
(g) Memastikan setiap murid dibuat ketetapan subjek yang diambil berdasarkan guru subjek yang mengajar subjek berkenaan

5.1.4 PENGESAHAN DATA DAN MAKLUMAT DIBUAT SEBELUM 15 JANUARI 2017. Kegagalan melaksanakan pengemaskinian ini akan menyebabkan penggunaan data oleh APLIKASI-APLIKASI LAIN (APB, KWAMP, DAFTAR PEPERIKSAAN, PERMOHONAN ASRAMA PENUH, PERMOHONAN SEKOLAH KAWALAN akan terganggu)
5.2 Biasiswa ( rujuk Dokumen Lampiran 1 )

6 Unit Kesihatan: Program Susu 1 Malaysia (PS1M)
6.1 Memastikan murid warganegara yang layak mengikut Paras Garisan Nasional (PGNK) yang berkuatkuasa di sekolah rendah bandar dan luar bandar di semenanjung,Sabah, Sarawak dan Wilayah persekutuan Labuan.
6.2 Borang permohonan bekalan PS1M hendaklah disahkan oleh Guru Besar. Kesilapan maklumat adalah menjadi tanggungjawab Guru Besar.
6.3 Memastikan tempat penyimpanan bekalan susu PS1M adalah sesuai dan selamat serta mengikut panduan yang telah ditetapkan dalam buku Panduan Pengurusan PS1M. Tempat penyimpanan susu hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut:
„« Dilindungi daripada makluk perosak, haiwan peliharaan dan risiko pencemaran
„« Pencahayaan semula jadi atau buatan yang sesuai diperlukan
„« Pengudaraan yang mencukupi untuk mengelak bahang berlebihan, kondensasi, kotoran dan wap
„« Susu hendaklah disusun pada ketinggian 20cm dari lantai atau jika menggunakan pallet hendaklah mempunyai ketinggian sekurang-kurangnya 15 cm dari lantai. Penyusunan hendaklah tidak melebihi keluasan pallet
„« Susu hendaklah berada sekurang-kurangnya 15 cm dari dinding
„« Susu hendaklah disimpan berdasarkan kepada tarikh luput dan nombor batch bagi memudahkan pelaksanaan amalan FIFO (First In First Out)
„« Menggunakan kaedah susunan yang sesuai bagi mengelak kotak susu bergoyang dan jatuh. Contoh: Interlocking Stacking System (Sistem Kuncian Barang Tindihan)

6.4 Guru Besar bertanggungjawab mengawal selia dan mengurus PS1M:
„« Penubuhan Jawatankuasa
„« Mesyuarat PS1M di peringkat sekolah (2 kali setahun)
„« Pemilihan murid layak terima PS1M (tahun semasa) dan mendapat kebenaran ibu bapa
„« Memastikan tempat penyimpanan bekalan sus sesuai dan selamat
„« Memastikan pengurusan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan

6.5 Memastikan buku log dikemaskini dari masa ke semasa, dipantau dan disahkan di dalam buku pada setiap bulan.

6.6 Mengagihkan dan menghabiskan bekalan PS1M dalam masa yang ditetapkan:
„« Menetapkan hari dan wktu yang sesuai untuk minum susu
„« Amalan pengiliran stok FIFO (First In First Out) dilaksanakan
„« Sebelum susu diagihkan kepada murid, pastikan perkara-perkara berikut perlu dipatuhi:
„Ï Nombor batch dan tarikh luput
„Ï Tarikh dan masa agihan dicatat
„Ï Catat jumlah susu yang diagih
„« Pastikan tiada tanda-tanda berikut pada kotak susu :
„Ï Tanda kelembapan pada pembungkusan luar akibat kebocoran
„Ï Bocor atau pecah
„Ï Menggelembung
„Ï Tanda-tanda akibat menerima tekanan seperti kemek, tanda lipatan pada kotak atau telinga pada tepi kotak terangkat
„Ï Tanda atau kesan gigitan makluk perosak
„« Pastikan penerangan diberi sebelum murid-murid minum susu:
„Ï Amalan membasuh tangan
„Ï Pastikan kotak tidak kembung, kemek , bocor
„Ï Pastikan tarikh belum luput
„Ï Goncang kotak susu
„Ï Rasa sedikit : jika susu masam, jangan minum dan laporkan segera kepada guru
„Ï Jika susu elok, minum hingga habis. Jangan simpan baki susu yang sudah diminum
„Ï Buang kotak susu ke dalam plastik sampah yang disediakan

6.7 Isu dan Tindakan dalam pelaksanaan PS1M di sekolah:
„« Fizikal kotak susu : kemek, kembong dan bocor
„Ï Asingkan kotak susu yang rosak
„Ï Laporan kepada pembekal untuk gantian
Simpton Klinikal: Alahan, sakit perut, muntah, pening, cirit birit:
„Ï Berhenti minum susu dan pengedaran kepada murid serta merta
„Ï Asingkan murid yang terlibat
„Ï Hubungi klinik kesihatan berhampiran untuk mendapatkan rawatan segera
„Ï Maklum kepada PPD/JPN dan pembekal
„Ï Maklumkan kepada ibu bapa / penjaga murid terlibat
„Ï Menyediakan laporan mengikut format 1 : 3 :7 kepada PPD dan JP

E SEKTOR PSIKOLOGI DAN KAUNSELING
1 PELAKSANAAN DAN PENGURUSAN DASAR PEMISAH (EXIT POLICY)
1.1 Pekeliling Berkaitan: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7/2015 Pelaksanaan Dasar Pemisah (Exit Policy) bagi Pegawai yang Berprestasi Rendah dalam Perkhidmatan Awam
1.2 Berprestasi Rendah = markah kurang daripada 60% yang diperoleh berdasarkan LNPT / penilaian lain yang telah diluluskan / KPI di bawah sasaran bagi penilaian berasaskan KPI
1.3 Isu-isu yang berlaku :
(a) Ketelusan dalam penilaian prestasi; ketekalan penilaian berubah-ubah hingga menyebabkan proses siasatan dan penilaian semula terpaksa dilakukan
(b) Berlaku penilaian (pemberian markah) bagi kes pegawai yang tidak hadir bertugas melebihi 180 hari; termasuk juga kes tidak hadir berterusan sepanjang tahun tetapi ada markah yang diberikan
(c) Ketua Jabatan haruslah memainkan peranan penuh dan memberi komitmen terhadap aspek penilaian pegawai dengan mengambil kira semua aspek dan prosedur

2 PENGURUSAN KES GURU DAN STAF BERFOKUS NEGERI JOHOR
2.1 Pengurusan Kes Disiplin :
Teguran (Tindakan Korektif) >> Amaran (Tindakan Korektif) >> Perakuan Tatatertib (Tindakan Punitif)
2.2 Kes Kesihatan atau Psikiatrik :
Rujukan kepada Pegawai Perubatan / Psikiatris

Cadangan POOL jika berkaitan
Cadangan Penubuhan Lembaga Perubatan jika berkaitan

2.4 Kes Kaunseling
Merujuk kepada isu sikap, disiplin, integriti, motivasi kerja, kompetensi dan lain-lain dalam aspek pencegahan, pemulihan, intervensi dan punitif.
Rujukan kepada Kaunselor Organisasi Daerah

LAMPIRAN 1
Pengurusan Biasiswa Kecil Persekutuan (BKP) dan Biasiswa Kelas Persediaan Universiti (BKPU)
1. KRITERIA KELAYAKAN
Kriteria kelayakan permohonan BKP dan BKPU adalah seperti berikut:
a) Murid warganegara Malaysia. Penentuan taraf kewarganegaraan murid adalah berdasarkan dokumen pengenalan diri. (Lampiran V dikepilkan untuk rujukan)
b) Murid Tingkatan 1 hingga 5 bagi BKP di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan; Tahun 1 dan Tahun 2 di Kolej Vokasional
c) Tingkatan 6 bagi BKPU di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan
d) Pencapaian yang baik dalam bidang akademik dan kokurikulum berdasarkan merit tahun semasa; dan
e) Jumlah pendapatan kasar ibu bapa / penjaga murid mestilah tidak melebihi RM1,500.00 sebulan.

2. KADAR BIASISWA
Kadar bagi BKP dan BKPU adalah seperti jadual di bawah:

3. TATACARA PERMOHONAN
BKP dan BKPU ditawarkan kepada murid yang layak berdasarkan kriteria yang telah ditetapkan. Bagi melancarkan proses permohonan BKP dan BKPU, setiap peringkat perlu memainkan peranan tertentu seperti berikut:
3.1 Tanggungjawab Murid
Murid yang layak perlu mengisi borang permohonan BKP dan BKPU seperti di Lampiran A yang boleh diperoleh di sekolah masing-masing. Borang yang lengkap diisi berserta dokumen sokongan yang disahkan perlu diserahkan kepada Guru Biasiswa Sekolah selewat-lewatnya pada 15 Februari tahun semasa.
3.2 Tanggungjawab Sekolah
a) Sekolah bertanggungjawab mengemas kini, memastikan ketepatan data di dalam aplikasi pengkalan data murid bagi penyediaan permohonan biasiswa secara atas talian.
b) Sekolah melalui Jawatankuasa Kecil Biasiswa perlu membuat tapisan dan saringan mengikut takwim semasa. Senarai pendek permohonan hendaklah dikemas kini secara atas talian melalui laman sesawang http://apb.moe.gov.my .
c) Pihak sekolah perlu menyimpan semua Borang Permohonan murid untuk tujuan rekod, pemantauan dan pengauditan yang akan dijalankan dari semasa ke semasa.
JENIS BIASISWA TINGKATAN KADAR BIASISWA ( RM SEBULAN ) BILANGAN BULAN
BKP
1 hingga 470.00
12
5
70.00
11
Tahun 1 & 2
70.00
12
BKPU Aliran Sastera
6 Bawah
90.00
7
6 Atas
90.00
11
BKPU Aliran Sains
6 Bawah
110.00
7
6 Atas
110.00
11

LAMPIRAN 2

SPI / SURAT SIARAN / PERATURAN PENDIDIKAN UNTUK RUJUKAN
1. SPI Bilangan 11 Tahun 2011
Pemansuhan Bayaran Tambahan Persekolahan di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
2. Surat Siaran KPM Bilangan 4 Tahun 2011
Garis Panduan Kutipan / Bayaran Keperluan Persekolahan Murid di Sekolah Kerajaan dan Sekolah Bantuan Kerajaan.
3. Subseksyen 5 (4) Peraturan Pendidikan (Persatuan Ibu Bapa ¡V Guru) 1998.
Sumbangan PIB-G
4. Subseksyen 8 (2) d, Peraturan-peraturan Pendidikan (Majalah Sekolah dan bahan
Multi Media) 1998
Bayaran Majalah Sekolah.
5. Surat Bahagian Kewangan, KP(BKEW/BT) 1800/D Jld.3 bertarikh 11 November 2009
Bayaran Asrama
6. SPI Bil 4 Tahun 1975
Nyanyian Lagu Kebangsaan
7. SPI Bil 8 Tahun 1975
Menyanyi Lagu Kebangsaan/Lagu Negeri dan Mengibar Bendera Persekutuan/Bendera Negeri di Sekolah-sekolah/Maktab-maktab Perguruan
8. SPI Bil 4 tahun 1984
Perhimpunan Sekolah
9. Surat Pekeliling Am Bil 23 tahun 1996

Lagu Kebangsaan
10. Surat Bahagian Pengurusan Sekolah Harian KPMSP.800-1/1/3(61)
Pemakluman Tarikh Pendaftaran dan Panduan Memproses Permohonan Kemasukan Murid Bukan Warganegara ke Sekolah Kerajaan / Bantuan Kerajaan
11. SPI Bil 4 Tahun 1985
Penubuhan Jawatankuasa Sekolah Sebagai Institusi Masyarakat
12. SPI Bil 8 Tahun 2016 (SR)
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (Semakan 2017) Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017
13. SPI Bil 9 Tahun 2016 (SM)
Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah Secara Berperingkat-peringkat Mulai Tahun 2017
14. SPI Bil 3Ttahun 1999
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran