Pemandangan Sekolah

Pemandangan Sekolah

Selasa, 28 November 2017

Tabung Sumbangan Ikhlas


Pihak Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling telah melancarkan Tabung Sumbangan Ikhlas yang diletakkan di tangga sekolah. Ibu bapa dan guru serta pelawat boleh menyumbangkan seberapa ikhlas bagi membantu menceriakan sekolah. Tabung ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Guru Besar SKPBD pada 10 Ogos 2017 yang lalu.







LAWATAN MESRA


Lawatan mesra ke rumah orang asli bagi menangani masalah ponteng sekolah oleh GPK HEM dan guru bimbingan kaunseling pada 07 September 2017.












Pemantau PS




Pemantauan perlaksanaan PS 


Pada  :    03 Okt 2017  (  Selasa )
Masa  :    9.30 pagi 


1. Utz Ahmad Khairudin bin Ab Azis
    Penyelia Pendidikan Islam
    Pejabat Pendidikan Daerah Muar.

2. En. Mohamad Shahrizan bin Basar
    Penyelia Bahasa PPD Muar.



Penyebaran KIT ABAD 21


PENYEBARAN KIT PEMBELAJARAN ABAD 21
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SR DAERAH MUAR 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT

TARIKH   :    20 NOVEMBER 2017 ( ISNIN )
TEMPAT   :    Makmal Komputer SKPBD
MASA  :    02.00 ptg hingga 05.00 ptg

PENCERAMAH
GB                     
Rajeswary Naidu a/p Ramasamy Naidu    ( SISC+ ) PPD Muar
Seri Saerah binti Mahpal   -   (  FASILINUS )
Utz. Razlan bin Shahil -  ( Pen. PPD / Penyelia )

AGENDA :

1.   Definisi dan Konsep  PAK 21  -    30 minit    -    GB
2.   Pedagogi PAK 21  -   3 jam   -   Pn. Rajeswary Naidu
3.   Aktiviti PAK 21   -   1 jam  -   Pn. Seri Saerah
4.   Rumusan  -   30 minit  -   Utz. Razlan














Isnin, 20 November 2017

Teks Ucapan GB Hari Anugerah Cemerlang 2017


TEKS UCAPAN GB 
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2017

Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh..

Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Encik Haris Fadilah bin Abd Salam (YDP PIBG SK. PT Bakar Darat) selaku perasmi Hari Anugerah Cemerlang,
……………………………………………………………………………………………………….
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKPBD, Pelajar-pelajar yang diraikan dan seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.

      Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh pihak pengurusan sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi masa depan negara.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

      Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka.


      Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata. Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘Memberi’, agar para pelajar bersedia untuk ‘Menerima’. Selain insan yang ibarat lilin yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan, pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan. 

     Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”, “Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa mereka.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

      Saya juga mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini. Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka pada masa akan datang.

Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,

       Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian, marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita. Insya’Allah.

MAKLUMAN IBU BAPA
1.   Surat Cuti Sekolah dan Persediaan Awal Tahun 2018 telah diedarkan kepada murid semalam ( 21 Nov 2017 )
-      Sekolah bermula 01 Januari 2018 ( Isnin )
-      Harapan mengawasi keselamatan murid dan membantu murid dalam mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti sekolah. Buku teks dah diberi kepada murid.
2.   Ibu bapa juga diingatkan supaya mendapatkan :
-      Senarai jualan buku
-      Sumbangan Program
-      Senarai Kelengkapan
Diambil mulai 20 Dis 2017 dan jualan buku tulis dan sebarang bayaran boleh dibuat pada 28 Dis 2017(Khamis) bermula jam 8.00pg di kantin sekolah.
3.   Ibu bapa murid Tahun 1 2018, Pendaftaran dan Program Transisi Thn 1 akan dijalankan pada 28 Dis 2018 ( Khamis ) bermula 8.00pg dgn berpakaian lengkap.
4.   Khas Ibu Bapa murid Tahun 6 selepas keputusan UPSR.  Makluman pembukaan permohonan atas talian program peneraju Tunas Geliga 6 2017.( Pembiayaan pendidikan murid lepasan UPSR untuk sekolah berasrama ) Ibu bapa boleh mohon dgn syarat : 4A 2B dan pendapatan kasar isi rumah tidak melebihi RM 4,000.00. Dibuka mulai 13 Nov – 08 Dis 2017. Web www.yayasanpeneraju.com.my   
Siapa yg berminat dan berkelayakan bolehlah jumpa Cg. Salmie.

5.   Baju karektor murid – sila jumpa GPK Kokurikulum.



Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang  2017 Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat  pada hari ini.

   Ikan sembilang sepat dan kelah,
             Guna bubu biasa di hujung,
             Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
            Petanda ilmu sentiasa dijunjung.

Sekian sahaja ucapan saya.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum Warrahmatullahi Wabarakatuh.

Sekian, terima kasih.



HJ. MOHD ZUKI BIN MD SAMAN
GB

SK PT BAKAR DARAT @ 2017

Isnin, 6 November 2017

Selasa, 24 Januari 2017

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN GURU WANITA DALAM BERKETERAMPILAN KETIKA MENGAJAR

Tiap hari, guru akan bertemu dengan pelajarnya, sama ada untuk sesi pembelajaran di dalam atau aktiviti di luar kelas. Oleh itu, penampilan dan perlakuan guru sering menjadi perhatian pelajar.
Apa-apa sahaja yang digayakan, diucapkan atau dilakukan oleh guru tersebut boleh menjadi inspirasi kepada pelajar. Selain pelajar, guru turut bertemu dengan ibu bapa dan tetamu profesional dari luar institusi. Pertemuan sebegini, walaupun tidak kerap tetap menuntut kepada penampilan guru yang mampu membawa perspektif positif kepada institusi pendidikan yang diwakili guru ini.
Pentingnya guru menjaga penampilan sebenarnya ada tiga tujuan utama iaitu menjaga kredibiliti profesion keguruan; mengundang rasa hormat daripada sesiapa juga yang berurusan dengan guru; dan membina identiti guru yang efektif.

Sebagai guru, berikut tip penampilan yang baik untuk diamalkan:

1. Potongan pakaian perlu profesional. Adalah baik sekiranya guru mempunyai blazer formal yang berpadanan dengan rangka tubuh.

2. Pilih warna yang pekat dan kurangkan penggunaan warna pastel. Warna-warna pekat membawa mesej yang lebih tegas dan berpendirian manakala warna-warna pastel membawa mesej lebih santai dan kasual.

3. Untuk guru wanita, kasut perlu selesa, bertumit dan bertutup penuh.

4. Jangan lupa pakai jam. Jam adalah aksesori pelengkap yang boleh membawa mesej profesional. Pilih jam yang ringkas gaya rekaannya dan diperbuat daripada metal.

5. Minimumkan corak pada pakaian. Pakaian polos lebih berautoriti berbanding pakaian yang dipenuhi motif flora.

Antara perkara dilarang dalam berketerampilan, guru perlu elakkan:
1. Aksesori terlalu sarat.
2. Pakaian yang terlalu banyak perincian.
3. Warna-warna yang kelihatan lesu atau tidak bertenaga.
4. Gaya tudung yang lebih sesuai ke majlis khas.
5. Mekap yang terlalu tebal.
6. Muka pucat tiada langsung mekap.

a) Apabila kalangan guru jelas terhadap kepentingan berketerampilan secara profesional, isu rasa cemburu tidak akan timbul. Perkara yang perlu difokuskan adalah kesan penampilan secara kemas dan konsisten terhadap karisma seorang guru. 

b) Pelajar melihat guru yang berkarisma sebagai idola yang memberi motivasi untuk tampil bergaya secara profesional setiap hari. 

c) Selain menjaga penampilan dari sudut pakaian, guru-guru juga perlu menambah baik teknik komunikasi apabila berhadapan dengan pelajar, rakan sekerja, ibu bapa dan tetamu institusi yang lain. 
d) Imej bukan sahaja merujuk kepada teknik berpakaian malah salah satu komponen besar dalam imej juga adalah gaya pertuturan. Komunikasi adalah perkara yang dilakukan setiap hari oleh golongan guru.

e) Jika kemahiran ini tidak diasah dengan kerap, dikhuatiri gaya pertuturan yang selama ini mungkin kurang berkesan berterusan diamalkan. Berpenampilan mengikut kemampuan diri.

f) Sekiranya mahu membeli sesuatu yang tinggi harganya, letakkan sasaran awal dan amalkan menyimpan bagi tujuan tersebut.

g) Tidak salah jika mahu membeli sesuatu yang berkualiti pada harga yang lebih mahal sedikit.

Namun perlu jelas tujuannya bukan untuk bersaing dengan sesiapapun dan elakkan membeli secara berhutang.

Selasa, 17 Januari 2017

ADAKAH ANDA LAYAK MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN?

Adakah saya layak dikenakan cukai ?
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan
Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :
  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.
Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.
Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-5436 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.
Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing
Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.
Apa itu Skop Pengenaan Cukai
Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.
Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.