Pemandangan Sekolah

Pemandangan Sekolah

Selasa, 24 Januari 2017

PERKARA YANG PERLU DIELAKKAN GURU WANITA DALAM BERKETERAMPILAN KETIKA MENGAJAR

Tiap hari, guru akan bertemu dengan pelajarnya, sama ada untuk sesi pembelajaran di dalam atau aktiviti di luar kelas. Oleh itu, penampilan dan perlakuan guru sering menjadi perhatian pelajar.
Apa-apa sahaja yang digayakan, diucapkan atau dilakukan oleh guru tersebut boleh menjadi inspirasi kepada pelajar. Selain pelajar, guru turut bertemu dengan ibu bapa dan tetamu profesional dari luar institusi. Pertemuan sebegini, walaupun tidak kerap tetap menuntut kepada penampilan guru yang mampu membawa perspektif positif kepada institusi pendidikan yang diwakili guru ini.
Pentingnya guru menjaga penampilan sebenarnya ada tiga tujuan utama iaitu menjaga kredibiliti profesion keguruan; mengundang rasa hormat daripada sesiapa juga yang berurusan dengan guru; dan membina identiti guru yang efektif.

Sebagai guru, berikut tip penampilan yang baik untuk diamalkan:

1. Potongan pakaian perlu profesional. Adalah baik sekiranya guru mempunyai blazer formal yang berpadanan dengan rangka tubuh.

2. Pilih warna yang pekat dan kurangkan penggunaan warna pastel. Warna-warna pekat membawa mesej yang lebih tegas dan berpendirian manakala warna-warna pastel membawa mesej lebih santai dan kasual.

3. Untuk guru wanita, kasut perlu selesa, bertumit dan bertutup penuh.

4. Jangan lupa pakai jam. Jam adalah aksesori pelengkap yang boleh membawa mesej profesional. Pilih jam yang ringkas gaya rekaannya dan diperbuat daripada metal.

5. Minimumkan corak pada pakaian. Pakaian polos lebih berautoriti berbanding pakaian yang dipenuhi motif flora.

Antara perkara dilarang dalam berketerampilan, guru perlu elakkan:
1. Aksesori terlalu sarat.
2. Pakaian yang terlalu banyak perincian.
3. Warna-warna yang kelihatan lesu atau tidak bertenaga.
4. Gaya tudung yang lebih sesuai ke majlis khas.
5. Mekap yang terlalu tebal.
6. Muka pucat tiada langsung mekap.

a) Apabila kalangan guru jelas terhadap kepentingan berketerampilan secara profesional, isu rasa cemburu tidak akan timbul. Perkara yang perlu difokuskan adalah kesan penampilan secara kemas dan konsisten terhadap karisma seorang guru. 

b) Pelajar melihat guru yang berkarisma sebagai idola yang memberi motivasi untuk tampil bergaya secara profesional setiap hari. 

c) Selain menjaga penampilan dari sudut pakaian, guru-guru juga perlu menambah baik teknik komunikasi apabila berhadapan dengan pelajar, rakan sekerja, ibu bapa dan tetamu institusi yang lain. 
d) Imej bukan sahaja merujuk kepada teknik berpakaian malah salah satu komponen besar dalam imej juga adalah gaya pertuturan. Komunikasi adalah perkara yang dilakukan setiap hari oleh golongan guru.

e) Jika kemahiran ini tidak diasah dengan kerap, dikhuatiri gaya pertuturan yang selama ini mungkin kurang berkesan berterusan diamalkan. Berpenampilan mengikut kemampuan diri.

f) Sekiranya mahu membeli sesuatu yang tinggi harganya, letakkan sasaran awal dan amalkan menyimpan bagi tujuan tersebut.

g) Tidak salah jika mahu membeli sesuatu yang berkualiti pada harga yang lebih mahal sedikit.

Namun perlu jelas tujuannya bukan untuk bersaing dengan sesiapapun dan elakkan membeli secara berhutang.

Selasa, 17 Januari 2017

ADAKAH ANDA LAYAK MEMBAYAR CUKAI PENDAPATAN?

Adakah saya layak dikenakan cukai ?
Individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM25,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2010 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM26,501 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Mulai Tahun 2013 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM30,667 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Walau bagaimanapun, mulai Tahun 2015 individu yang mempunyai pendapatan penggajian tahunan melebihi RM34,000 (selepas potongan KWSP) perlu mendaftar fail cukai pendapatan.
Sekiranya pekerja layak dikenakan potongan PCB, pekerja dinasihatkan mendaftar fail cukai pendapatan terlebih dahulu sebelum potongan PCB dibuat.
Apakah yang patut saya lakukan jika saya layak dikenakan cukai
Permohonan pendaftaran nombor rujukan cukai pendapatan boleh dilakukan di cawangan yang berhampiran.
Dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pendaftaran :
  • Satu salinan Borang Penyata Pendapatan (Borang EA/EC) terkini / Slip Gaji terkini ;
  • Satu salinan kad pengenalan/kad pengenalan polis/kad pengenalan tentera/passport antarabangsa ;
  • Satu salinan sijil perkahwinan (jika ada).
Anda juga boleh membuat pendaftaran nombor rujukan cukai melalui e-Daftar.
Tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan
Borang Nyata Cukai Pendapatan untuk individu yang bermastautin dan tidak mempunyai pendapatan perniagaan iaitu Borang BE akan dikeluarkan dan diposkan kepada semua pembayar cukai pada setiap tahun melalui proses Pengeluaran Am.
Walau bagaimanapun, sekiranya anda tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dinyatakan di atas, borang tersebut boleh diperolehi dari :
  • Cawangan LHDNM yang berdekatan, atau
  • Jabatan Pemprosesan Maklumat, Bandar Baru Bangi, Selangor, atau
  • Muat turun dari laman web LHDNM. Walau bagaimanapun, mulai Tahun Taksiran 2010, pembayar cukai adalah tidak dibenarkan untuk menggunakan Borang Nyata Cukai Pendapatan yang dimuatturun dari laman web untuk tujuan pengemukaan. Borang Nyata Cukai Pendapatan dalam bentuk PDF adalah untuk tujuan rujukan sahaja.
Salinan fotostat Borang Nyata Cukai Pendapatan tidak diterima untuk pengemukaan.
Anda adalah digalakkan menggunakan perkhidmatan e-Filing jika tidak menerima Borang Nyata Cukai Pendapatan. Sila hubungi cawangan LHDNM atau Pusat Khidmat Pelanggan kami di talian 1-800-88-5436 untuk mendapatkan keterangan lanjut berkenaan e-Filing.
Pengenaan Cukai Pendapatan Untuk Warganegara Asing
Jika anda seorang warganegara asing yang bertugas di negara ini, anda perlu memberitahu Cawangan Tidak Bermastautin atau cawangan LHDNM yang berhampiran dalam jangkamasa 2 bulan dari tarikh ketibaan anda di Malaysia.
Apa itu Skop Pengenaan Cukai
Pembayar cukai yang bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas semua pendapatan yang diperoleh di Malaysia dan pendapatan yang diterima dari luar Malaysia. Skop penggenaan cukai seseorang individu adalah bergantung kepada taraf permastautinannya.
Mulai tahun taksiran 2004, pendapatan yang diterima di Malaysia dari luar Malaysia adalah dikecualikan daripada cukai. Dengan itu, pembayar cukai sama ada yang bermastautin atau yang tidak bermastautin di Malaysia dikenakan cukai atas pendapatan yang diperoleh dari Malaysia sahaja.