Pihak Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling telah melancarkan Tabung Sumbangan Ikhlas yang diletakkan di tangga sekolah. Ibu bapa dan guru serta pelawat boleh menyumbangkan seberapa ikhlas bagi membantu menceriakan sekolah. Tabung ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Guru Besar SKPBD pada 10 Ogos 2017 yang lalu.
Pemandangan Sekolah
Selasa, 28 November 2017
Tabung Sumbangan Ikhlas
Pihak Persatuan Agama Islam dengan kerjasama Unit Bimbingan Kaunseling telah melancarkan Tabung Sumbangan Ikhlas yang diletakkan di tangga sekolah. Ibu bapa dan guru serta pelawat boleh menyumbangkan seberapa ikhlas bagi membantu menceriakan sekolah. Tabung ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Guru Besar SKPBD pada 10 Ogos 2017 yang lalu.
LAWATAN MESRA
Lawatan mesra ke rumah orang asli bagi menangani masalah ponteng sekolah oleh GPK HEM dan guru bimbingan kaunseling pada 07 September 2017.
Pemantau PS
Pemantauan perlaksanaan PS
Pada : 03 Okt 2017 ( Selasa )
Masa : 9.30 pagi
1. Utz Ahmad Khairudin bin Ab Azis
Penyelia Pendidikan Islam
Pejabat Pendidikan Daerah Muar.
2. En. Mohamad Shahrizan bin Basar
Penyelia Bahasa PPD Muar.
Penyebaran KIT ABAD 21
PENYEBARAN KIT PEMBELAJARAN ABAD 21
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA SR DAERAH MUAR 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT
TARIKH : 20 NOVEMBER 2017 ( ISNIN )
TEMPAT : Makmal Komputer SKPBD
MASA : 02.00 ptg hingga 05.00 ptg
PENCERAMAH :
GB
Rajeswary Naidu a/p Ramasamy Naidu ( SISC+ ) PPD Muar
Seri Saerah binti Mahpal - ( FASILINUS )
Utz. Razlan bin Shahil - ( Pen. PPD / Penyelia )
AGENDA :
1. Definisi dan Konsep PAK 21 - 30 minit - GB
2. Pedagogi PAK 21 - 3 jam - Pn. Rajeswary Naidu
3. Aktiviti PAK 21 - 1 jam - Pn. Seri Saerah
4. Rumusan - 30 minit - Utz. Razlan
Isnin, 20 November 2017
Teks Ucapan GB Hari Anugerah Cemerlang 2017
TEKS UCAPAN GB
HARI ANUGERAH CEMERLANG 2017
Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum
Warrahmatullahi Wabarakatuh..
Terima Kasih Saudari Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Encik Haris Fadilah bin Abd
Salam (YDP PIBG SK. PT Bakar Darat) selaku perasmi Hari Anugerah Cemerlang,
……………………………………………………………………………………………………….
Barisan Guru-guru Penolong Kanan, Guru-guru SKPBD,
Pelajar-pelajar yang diraikan dan
seterusnya ibu bapa serta para hadirin yang saya muliakan.
Izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa
kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka
kita dapat berkumpul dalam dewan yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi
agenda pendidikan yang diatur oleh pihak
pengurusan sekolah. Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa Pengelola
Majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan
dengan lancar dan teratur. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu
dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-anak yang bakal mewarisi
masa depan negara.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saban tahun, pihak sekolah tidak pernah lupa
mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang pelajar-pelajar dalam
bidang kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi saya, majlis ini diadakan khusus
untuk meraikan para ibu bapa yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan
kejayaan anak-anak sebagai agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada
kesempatan ini saya bagi pihak sekolah ingin merakamkan ucapan tahniah dan
syabas bukan sahaja kepada para pelajar yang bakal menerima anugerah malahan
ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga
membuahkan kejayaan untuk mereka.
Sebenarnya, kejayaan seorang pelajar tidak
hanya terletak pada usaha dan kesungguhan yang dimainkan oleh guru semata-mata.
Kita sedar, bahawa guru-guru di peringkat sekolah rendah perlu harus ‘Memberi’,
agar para pelajar bersedia untuk ‘Menerima’. Selain insan yang ibarat lilin
yang membakar diri ini, ibu bapa juga perlu sentiasa memainkan peranan penting
untuk mencorakkan masa depan anak-anak mereka. Malahan tuan-tuan dan puan-puan,
pada saya yang paling utama kejayaan adalah terletak pada diri para pelajar itu
sendiri, agar sentiasa mempunyai komitmen dan motivasi diri yang tinggi
sekiranya ingin mengecapi kecemerlangan.
Sesungguhnya kita harus sedar bahawa dalam
usaha menuju ke puncak, banyak laluan sukar yang perlu ditempuhi. Pepatah
Melayu selalu mengingatkan kita, “Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan”,
“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih”, “Kalau tidak dipecahkan ruyung,
manakan dapat sagunya.” Oleh itu para hadirin sekalian, marilah kita sama-sama
berganding bahu untuk mencipta kejayaan demi kejayaan buat anak-anak kita. Pada
saya, kejayaan anak-anak tuan-tuan dan puan-puan merupakan satu anugerah kepada
pihak sekolah dan ganjaran buat tuan-tuan dan puan-puan sebagai ibu bapa
mereka.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saya juga mengambil kesempatan ini untuk
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua penerima anugerah pada hari ini.
Saya sangat berharap agar kecemerlangan yang ditunjukkan oleh para penerima
akan menjadi pemangkin untuk para pelajar mempertingkatkan mutu pencapaian
mereka dalam bidang akademik dan bukan akademik pada masa hadapan. Anugerah
yang diberikan pada hari ini merupakan penghargaan pihak sekolah kepada para
pelajar yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam pembelajaran pada tahun
ini. Tahap pencapaian yang ditunjukkan sudah tentu boleh menjadi contoh serta
ikutan kepada para pelajar lain untuk meningkatkan pencapaian akademik mereka
pada masa akan datang.
Para hadirin yang dirahmati Allah sekalian,
Saya pasti bahawa seluruh warga dewan pada
hari ini sedar, bahawa pelajar-pelajar yang kita raikan hari ini merupakan
waris yang bakal mendukung impian dan harapan Negara. Untuk itu, saya menyeru
kepada hadirin sekalian agar dapat sama-sama berganding bahu meningkatkan
kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang dimaksudkan bukan
hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan minda supaya
harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan sama seperti
harapan dan impian seperti mana yang telah termaktub dalam Falsafah Pendidikan
Negara. Maka saya ingin menyeru kepada diri saya dan tuan-tuan dan puan-puan sekalian,
marilah kita saling bergandingan bagi memastikan para penerima anugerah ini
bakal menjadi sebahagian warna-warna kegembiraan Negara pada masa hadapan dan
bukan merupakan secalit warna kehancuran atas kealpaan dan kelekaan kita.
Insya’Allah.
MAKLUMAN
IBU BAPA
1. Surat
Cuti Sekolah dan Persediaan Awal Tahun 2018 telah diedarkan kepada murid
semalam ( 21 Nov 2017 )
-
Sekolah bermula 01 Januari 2018 ( Isnin )
-
Harapan mengawasi keselamatan murid dan
membantu murid dalam mengulangkaji pelajaran sepanjang cuti sekolah. Buku teks
dah diberi kepada murid.
2. Ibu
bapa juga diingatkan supaya mendapatkan :
-
Senarai jualan buku
-
Sumbangan Program
-
Senarai Kelengkapan
Diambil
mulai 20 Dis 2017 dan jualan buku tulis dan sebarang bayaran boleh dibuat pada
28 Dis 2017(Khamis) bermula jam 8.00pg di kantin sekolah.
3. Ibu
bapa murid Tahun 1 2018, Pendaftaran dan Program Transisi Thn 1 akan dijalankan
pada 28 Dis 2018 ( Khamis ) bermula 8.00pg dgn berpakaian lengkap.
4. Khas
Ibu Bapa murid Tahun 6 selepas keputusan UPSR.
Makluman pembukaan permohonan atas talian program peneraju Tunas Geliga
6 2017.( Pembiayaan pendidikan murid lepasan UPSR untuk sekolah berasrama ) Ibu
bapa boleh mohon dgn syarat : 4A 2B dan pendapatan kasar isi rumah tidak
melebihi RM 4,000.00. Dibuka mulai 13 Nov – 08 Dis 2017. Web www.yayasanpeneraju.com.my
Siapa
yg berminat dan berkelayakan bolehlah jumpa Cg. Salmie.
5. Baju
karektor murid – sila jumpa GPK Kokurikulum.
Akhir kata, sekali lagi saya merakamkan ucapan
syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah dan juga syabas kepada semua
warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Anugerah Cemerlang 2017 Sekolah Kebangsaan Parit Bakar Darat
pada hari ini.
Ikan sembilang sepat dan kelah,
Guna bubu biasa di hujung,
Pencapaian cemerlang dapat hadiah,
Petanda ilmu sentiasa dijunjung.
Sekian sahaja
ucapan saya.
Wabillahitaufik Walhidayah Wassalamualaikum
Warrahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
HJ. MOHD ZUKI BIN MD
SAMAN
GB
SK PT BAKAR DARAT @
2017
Isnin, 6 November 2017
Langgan:
Catatan (Atom)