Pemandangan Sekolah

Pemandangan Sekolah

Sabtu, 26 November 2016

TATACARA PERMOHONAN UNBLOCK LAMAN WEB 1BNET


PERLAKSANAAN HTTP URL FILTERING WHITELISTING 1BESTARINET
Bahagian Teknologi Pendidikan KPM – 1BestariNet Fasa 2 3

TATACARA PERMOHONAN UNBLOCK LAMAN WEB


Merujuk kepada aliran kerja di atas:
Apabila pengguna cuba mengakses laman web yang tidak berada dalam kategori Whitelist,
laman Request Unblock akan dipaparkan.
Sekiranya pengguna ingin memohon untuk laman web tersebut dinyahsekat,
i. Click butang Request Unblock.
ii. Di muka surat seterusnya, sekiranya pengguna ingin memohon untuk seluruh
domain dinyahsekat, klik untuk menanda () pada medan Complete Domain
iii. Masukkan maklumat-maklumat yang diperlukan:
Requester School Code – Kod sekolah pemohon;
Requester ID – ID pemohon;
Requester Password – Katalaluan pemohon;
Requester Email ID – Emel pemohon;
Requester Contact – Nombor telefon pemohon;
Justification – Berikan penjelasan mengapa akses ke laman web tersebut
diperlukan (dari aspek PdP atau PdT).

CONTOH KERTAS KERJA HARI ANUGERAH

TAJUK

Kertas Cadangan Majlis Anugerah Cemerlang

PENDAHULUAN

Majlis Anugerah Cemerlang merupakan program yang  mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan adanya program ini, ia diharapkan menjadi satu galakan kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya memberikan motivasi kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan.

TUJUAN, MATLAMAT DAN OBJEKTIF

Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan melaksanakan Majlis Anugerah Cemerlang  dan memohon peruntukkan kewangan daripada pihak sekolah. 

Matlamat
1.    Mengiktiraf kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang.
2.    Memberi galakan kepada murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran.
3.    Memberi galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka dalam mencapai kejayaan.
4.  Mengeratkan hubungan dan memupuk kerjasama antara warga sekolah dengan masyarakat setempat

Objektif
1.    Menghargai potensi murid-murid dalam pelbagai bidang.
2.    Mengenal pasti pelajar-pelajar yang cemerlang.
3.    Membentuk keyakinan diri murid-murid dalam pelbagai bidang.
4.    Mempamerkan contoh murid-murid cemerlang kepada murid-murid lain.
5. Memberi galakan kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah mempertingkatkan
     prestasi dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
6. Membina perasaan muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga SK Parit Bakar
    Darat, Muar, Johor.

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh:
Hari :
Masa:
Kumpulan Sasaran :

           Tempat Program Dijalankan :


JAWATANKUASA

Jawatankuasa  Induk
                        Pengerusi: En. Abdul Rahman b. Salleh (GB)
                        Naib Pengerusi:
                        Naib Pengerusi I :
                        Naib Pengerusi II:
                        Setiausaha I:
Setiausaha II:

Jawatankuasa Kerja

1. Pendaftaran:
            2. Penyambut Tetamu:
            3. Pengacara:
             4. Buku program                    :
             5. Hadiah/Sijil/                        :
                Cenderahati                        :
                                                            :
                                                            :
             6. Jamuan                              :
                                                            :
                                                            :
                                                            :
             7. Kawalan murid/                  :
                 Pengurus peserta               :
                                                            :
             8. Persembahan                   :
                                                            :
                                                            :
             9 .Persiapan Tempat/                        :
                 ( Back-drop)/          &         :
                   Siaraya                             :
                                                            :
                                                            :
                                                            :
                                                            : 
            10. Dokumentasi                     : 


JAWATANKUASA KERJA  MAJLIS  ANUGERAH CEMERLANG

JAWATANKUASA/NAMA
TINDAKAN/GARIS PANDUAN BIDANG TUGAS

PENYAMBUT TETAMU
Guru Besar dan semua Penolong Kanan

Menyambut tetamu di tempat pendaftaran dan mengiringi ke tempat duduk.
Mendapatkan buku program dari jawatankuasa berkaitan.
Lain-lain yang  difikirkan perlu untuk melancarkan lagi perjalanan majlis pada hari tersebut.


PENGACARA MAJLIS


Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara majlis.
Memastikan senarai penerima hadiah yang dipanggil selaras dengan AJK Hadiah dan AJK Pengawas Peserta.
Memastikan pembesar suara berfungsi dan majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Menyelaras perjalanan raptai.
Mengemas dan menghias meja pengacara.


BUKU PROGRAM


Menentukan kandungan buku progaram.
Mendapatkan senarai penerima hadiah daripada SU dan Penolong SU.
Menyemak dan menyediakan buku program.
Menyerahkan kepada SU untuk semakan terakhir.
Menyiapkan buku program sebelum raptai penuh.
Menyerahkan buku program kepada AJK penyambut tetamu dan AJK pendaftaran.


PERSIAPAN PENTAS/BACKDROP/KAIN RENTANG


Menyediakan backdrop.
Keceriaan pentas dan susun atur penerimaan hadiah.
Hiasan bunga dan yang berkaitan.
Mengemas pentas selepas majlis berlangsung.
Menyedia dan menyusun kerusi VIP, tetamu dan ibubapa
Memastikan kebersihan dewan dan keperluan asas berfungsi.
Mengemas dan memulangkan semula peralatan yang dipinjam atau digunakan ke tempat asal.
Menyediakan susun atur settee (sofa), permaidani dan berkaitan.




PERSEMBAHAN & MUZIK IRINGAN


Menyediakan persembahan anggaran 8-10 minit sebagai selingan antara ucapan dan penyampaian hadiah.
Memilih dan melatih murid berkenaan mengikut keperluan.
Memastikan persembahan berjalan dengan baik dan terkawal.
Menyediakan lagu Negaraku untuk permulaan majlis.
Menyediakan muzik iringan(kompang) semasa ketibaan tetamu VIP. (Jika perlu)

Menyediakan muzik iringan(gamelan) semasa penerimaan hadiah.


JAMUAN DAN KUDAPAN


Menentukan menu dan persiapan tempat.
Menguruskan hidangan VIP,tetamu serta ibubapa.
Mengurus kudapan murid-murid(penerima hadiah,persembahan & pembawa bunga manggar)
Menyediakan gelas & air mineral untuk tetamu VIP,pengacara majlis dan AJK bertugas.


PA SISTEM


Menyediakan mikrofon mengikut keperluan.
Memastikan PA sistem berfungsi dengan baik.
Memulangkan semula peralatan yang dipinjam ke tempat asal.


HADIAH/SIJIL DAN CENDERAMATA


Menyediakan senarai hadiah dan cenderamata.
Menyusun hadiah mengikut tatacara majlis.
Menghias meja hadiah.
Mengemas semula tempat hadiah selepas majlis berakhir
Mengurus penerimaan hadiah waktu raptai.





PENGAWAS PESERTA/KAWALAN MURID


Mengurus raptai penyampaian hadiah.
Memastikan disiplin dan keselamatan murid.
Melabel nama murid pada kerusi penerima hadiah.
Memastikan kebersihan khemah semasa majlis berlangsung
Memastikan murid yang menerima hadiah duduk di tempat yang telah ditetapkan dan bersedia untuk menerima hadiah.(Selaraskan dengan pengacara majlis)
Menyediakan pengganti sekiranya penerima hadiah tidak hadir dan pastikan hadiah diambil semula oleh guru dan disimpan.


DOKUMENTASI/FOTOGRAFI


Merakamkan gambar sepanjang majlis berjalan mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.
Gambar yang telah dirakam hendaklah diserahkan kepada PK Pentadbiran untuk tujuan laporan program.
Laporan dan post mortem program.


BACAAN DOA



Membaca doa di awal majlis.

PENDAFTARAN


Menyediakan borang pendaftaran.
Menyediakan 2 kaunter(meja) pendaftaran.
Mencatat kehadiran ibu bapa.
Mengedarkan buku program kepada ibu bapa yang hadir.


TENTATIF PROGRAM
TENTATIF MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR 
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT 2016

MASA
AKTIVITI/ACARA
TINDAKAN
2.00 petang
Pendaftaran
Dua kaunter dibuka untuk pendaftaran.
Ibubapa dan tetamu yang hadir mencatat kehadiran di meja pendaftaran sebelum masuk ke dewan untuk mengambil tempat.
Penyerahan Buku Program Majlis.
           (Ibu bapa diberikan makanan)
AJK Pendaftaran& Buku Program.


AJK Makanan/Kudapan
2.15 petang
Hadirin mengambil tempat di dalam dewan.

AJK Penyambut tetamu.
2.30 petang
Ketibaan tetamu kehormat diiringi oleh Guru Besar dan AJK Penyambut tetamu.
Pemakaian rosette (cadangan) dan penyerahan Buku Program VIP.
Dua orang murid memegang bunga manggar mengiringi tetamu kehormat.
Pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu kehormat dan meminta hadirin berdiri sebagai menghormati tetamu kehormat.
Nyanyian lagu Negaraku dengan iringan muzik.
AJK Penyambut tetamu/Guru Besar & barisan penolong kanan/AJK Persembahan dan muzik iringan.
2.45 petang
Majlis dimulakan dengan bacaan doa.
Ustaz
2.50 petang
- Pengacara menjemput YDP PIBG 
   memberikan ucapan.
- Pengacara Guru Besar memberikan ucapan.
- Pengacara majlis menjemput perasmi
  memberikan
  ucapan seterusnya merasmikan majlis.
  (Murid untuk persembahan bersedia di    
   belakang pentas)
Pengacara majlis.





AJK Persembahan.
3.45 petang
Pengacara mengumumkan acara persembahan murid.
Persembahan murid dimulakan.

(Selepas persembahan murid-murid menerima makanan)

AJK Persembahan.


AJK Makanan/Kudapan
4.00 petang
(Muzik gamelan dipasang sepanjang majlis penyampaian hadiah)

Majlis diteruskan dengan penyampaian  Hadiah Akademik(Tahap 1): Tahun 1,2 & 3
(Murid-murid penerima hadiah menerima makanan sejurus selepas naik keatas pentas menerima hadiah.)

AJK Hadiah/AJK Persembahan/ muzik iringan.

4.30 petang

Pengacara mengumumkan acara persembahan murid.
Persembahan murid dimulakan.

(Murid untuk persembahan bersedia di belakang pentas)
(Selepas persembahan murid-murid menerima makanan)
AJK Persembahan/muzik iringan

4.40 petang

Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Akademik(Tahap 2):Tahun 4,5 & 6

Penyampaian hadiah kepadaTokoh  Kokurikulum

(Murid-murid penerima hadiah menerima makanan sejurus selepas naik keatas pentas menerima hadiah.)


AJK Pengawas Peserta/Kawalan Murid


AJK Makanan & Kudapan
5.10 petang
Pengacara majlis mengucapkan terima kasih kepada tetamu yang hadir dan menjemput tetamu untuk menjamu selera di kantin sekolah.


5.20 petang
Majlis bersurai.


5.25 petang
AJK Persiapan Tempat memastikan kebersihan dewan,
mengemas dan memulangkan semula peralatan yang dipinjam atau digunakan ke tempat asal.

AJK Persiapan Tempat & Pekerja Sekolah


PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semoga segala usaha murni ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan agar objektif serta matlamat  yang dikehendaki tercapai.