Pada tahun 50an, terdapat beberapa buah kampong di Mukim Parit Bakar
yang penduduknya semakin bertambah. Ini telah menyulitkan penduduk-penduduk
terutama ibubapa yang mempunyai anak-anak untuk mendapatkan pelajaran. Sekolah
yang disediakan oleh kerajaan sangat jauh. Mata pencaraian penduduk pada ketika
itu adalah bergantung pada hasil getah yang mana pendapatan di perolehi adalah
tidak mencukupi untuk menampung keperluan dan perbelanjaan untuk menghantar
anak-anak ke sekolah yang sedia ada dan kekurangan ciri-ciri keselamatan
menambahkan lagi kebimbangan ibubapa.
Adalah menjadi tradisi dan amalan
penduduk-penduduk kampong hidup bersatu dan bekerjasama di dalam menjalankan
pekerjaan, bak kata pepatah yang berat sama dipikul dan yang ringan sama
dijinjing atau seperti kata pisang sesikat digulai sebelanga tanda muafakat
bekerja sama. Maka dengan semangat yang berkobar-kobar dan keinginan yang
tinggi maka seorang ketua kampong yang bernama Hj Omar b Hj Hambali yang
menerajui lima buah kampung iaitu :
Kampung Pt Amal Darat
Kampung Pt Bakar Darat
Kampung Pt Amat Darat
Kampung Pt Unas Darat
Kampung Pt Hj Ali Darat
Ahli
Jawatankuasa dibentuk yang berfungsi sebagai merancang, emmbina serta
membangunkan sebuah sekolah yang bertaraf sekolah rakyat dengan perbelanjaan
sendiri atas tapak seluas tiga rood di Kampung Parit Bakar yang mana tapak
tersebut telah diwakafkan oleh seorang yang pemurah hati bernama Tn Hj Ahmad
Slowhorn bin Palil.
Dari
kerjasama yang diberikan, maka terdapat ramai dermawan-dermawan yang telah
menghulurkan sumbangan yang dating dari seluruh kampung yang terbabit bagi
menjayakan cita-cita yang murni itu. Maka dengan berkat kesabaran, pada tahun
1952 dengan anggaran perbelanjaan berjumlah RM5000.00 terbinalah sebuah sekolah
yang keluasannya berukuran 80 kaki x 30 kaki yang telah di beri nama Sekolah
Rakyat Parit Bakar Darat, Muar.
Jawatankuasa pemilihan guru telah bersetuju sebulat suara untuk melantik
seorang guru besar iaitu Tn Hj Imran b Hj Yatiman dan beberapa orang guru lain
seperti En Mohd Shah b Abdul, En Ab Aziz b Ayub, En Ibrahim Hj Andak dan En Abu
Bakar b Abdullah yang bertanggungjawab mengajar seramai 50 orang murid dalam
dua (2) aliran darjah iaitu darjah satu dan dua dan juga bertanggungjawab bagi
menyelenggaran pembayaran gaji guru-guru.
Peningkatan dan kemajuan sekolah ini telah terbukti apabila terdapat
pertambahan dari segi jumlah murid-murid sekolah dan pencapaian yang
membanggakan dari segi akademik. Oleh kerana itu pihak kerajaan telah mengambil
alih pentadbiran sekolah ini pada tahun 1962. Bagi mempertingkatkan lagi taraf
sekolah ini, maka kerajaan telah membina dua buah bangunan sekolah baru yang
mengandungi enam bilik darjah dan ditambahkan keperluan dan kelengkapan yang
lain seperti pejabat guru besar, stor, bilik air murid dan juga padang sekolah.
Sehubungan dengan itu, penduduk-penduduk berkenaan mengucapkan syukur
kehadrat Allah SWT dan jutaan terima kasih kepada kerajaan kerana memberi
perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap kebajikan dan keperluan kepada
penduduk kampung khasnya anak-anak mereka bagi mendapatkan pelajaran di masa
hadapan dengan lebih sempuna lagi.
Antara senarai nama guru besar yang pernah
berkhidmat di sekolah ini: -
1. Hj Imran bin Hj Yatiman 1952 - 1953
2. Abu Bakar bin Abdullah 1953 - 1954
3. Ab Aziz bin Ayub 1954 - 1956
4. Othman bin Hassan 1956 - 1961
5. Ibrahim bin Andak 1961 - 1963
6. Hj Mahmud bin Hj Ibrahim 1963 - 1965
7. Yunus bin Rumat 1965 - 1976
8. Ab Rahim bin Yaakub 1976 - 1978
9. Muhammad bin Mohd Amin 1978 - 1983
10. Muhammad bin Hashim 1983 - 1989
11. Ghazali bin Md Siraj 1989 - 1990
12. Hj Aris bin Hj Tahir 1990 - 1990
13. Mohd Amin b Abdullah 1990 -
1995
14. Tn Hj Md Yunos b Hj Md Said 1995 - 1999
15. Mohd Taher b Mohd Sap 1999 - 2005
16. Roslan bin Ali 2006 - 2008
17. Juanda bin Mohd Shariff 2008 – Jun 2016
18. Hj. Mohd Zuki bin Md Saman - Mulai 15 September 2016
Pada
tahun 1989, pihak Kementerian Pendidikan telah menambahkan sebuah bangunan yang
mengandungi 4 bilik darjah sebagai menggantikan bilik darjah yang sedia ada
untuk dijadikan bilik TV pendidikan bilik sumber, bilik perpustakaan dan bilik
guru.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.