TAJUK
Kertas Cadangan Majlis Anugerah Cemerlang
PENDAHULUAN
Majlis Anugerah Cemerlang merupakan program
yang mengiktiraf kejayaan murid-murid
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum. Dengan adanya program ini, ia
diharapkan menjadi satu galakan kepada murid-murid untuk berusaha lebih gigih
demi mencapai kejayaan dalam bidang akademik seterusnya memberikan motivasi
kepada ibu bapa untuk terus membantu anak-anak mereka mencapai kejayaan.
TUJUAN,
MATLAMAT DAN OBJEKTIF
Tujuan
Kertas kerja disediakan dan dikemukakan kepada
Tuan Guru Besar untuk mendapat kelulusan melaksanakan Majlis Anugerah
Cemerlang dan memohon peruntukkan
kewangan daripada pihak sekolah.
Matlamat
1. Mengiktiraf
kejayaan murid-murid dalam pelbagai bidang.
2. Memberi
galakan kepada murid-murid untuk berjaya dalam pelajaran.
3. Memberi
galakan kepada ibu bapa agar terus memberikan sokongan kepada anak-anak mereka
dalam mencapai kejayaan.
4. Mengeratkan
hubungan dan memupuk kerjasama antara warga sekolah dengan masyarakat setempat
Objektif
1. Menghargai
potensi murid-murid dalam pelbagai bidang.
2. Mengenal
pasti pelajar-pelajar yang cemerlang.
3. Membentuk
keyakinan diri murid-murid dalam pelbagai bidang.
4. Mempamerkan
contoh murid-murid cemerlang kepada murid-murid lain.
5. Memberi
galakan kepada ibu bapa dalam membantu pihak sekolah mempertingkatkan
prestasi
dalam bidang kurikulum dan kokurikulum.
6. Membina
perasaan muhibbah antara guru-guru, ibu bapa dan warga SK Parit Bakar
Darat, Muar, Johor.
BUTIRAN
PROGRAM
Tarikh:
Hari :
Masa:
Kumpulan Sasaran :
Tempat Program Dijalankan :
JAWATANKUASA
Jawatankuasa
Induk
Pengerusi: En. Abdul Rahman b. Salleh (GB)
Naib Pengerusi:
Naib Pengerusi I :
Naib Pengerusi II:
Setiausaha I:
Setiausaha
II:
Jawatankuasa Kerja
1. Pendaftaran:
2. Penyambut Tetamu:
3. Pengacara:
4. Buku program :
5. Hadiah/Sijil/ :
Cenderahati :
:
:
6. Jamuan :
:
:
:
7. Kawalan murid/ :
Pengurus peserta :
:
8. Persembahan :
:
:
9 .Persiapan Tempat/
:
(
Back-drop)/ & :
Siaraya :
:
:
:
:
10. Dokumentasi :
JAWATANKUASA KERJA MAJLIS
ANUGERAH CEMERLANG
JAWATANKUASA/NAMA
|
TINDAKAN/GARIS
PANDUAN BIDANG TUGAS
|
PENYAMBUT
TETAMU
Guru Besar dan semua Penolong Kanan
|
Menyambut tetamu di tempat pendaftaran dan
mengiringi ke tempat duduk.
Mendapatkan buku program dari jawatankuasa
berkaitan.
Lain-lain yang difikirkan perlu untuk melancarkan lagi
perjalanan majlis pada hari tersebut.
|
PENGACARA
MAJLIS
|
Menyediakan skrip mengikut susunan aturcara
majlis.
Memastikan senarai penerima hadiah yang
dipanggil selaras dengan AJK Hadiah dan AJK Pengawas Peserta.
Memastikan pembesar suara berfungsi dan
majlis berjalan dengan baik dan lancar.
Menyelaras perjalanan raptai.
Mengemas dan menghias meja pengacara.
|
BUKU
PROGRAM
|
Menentukan kandungan buku progaram.
Mendapatkan senarai penerima hadiah daripada
SU dan Penolong SU.
Menyemak dan menyediakan buku program.
Menyerahkan kepada SU untuk semakan
terakhir.
Menyiapkan buku program sebelum raptai
penuh.
Menyerahkan buku program kepada AJK
penyambut tetamu dan AJK pendaftaran.
|
PERSIAPAN
PENTAS/BACKDROP/KAIN RENTANG
|
Menyediakan backdrop.
Keceriaan pentas dan susun atur penerimaan
hadiah.
Hiasan bunga dan yang berkaitan.
Mengemas pentas selepas majlis berlangsung.
Menyedia dan menyusun kerusi VIP, tetamu dan
ibubapa
Memastikan kebersihan dewan dan keperluan
asas berfungsi.
Mengemas dan memulangkan semula peralatan
yang dipinjam atau digunakan ke tempat asal.
Menyediakan susun atur settee (sofa),
permaidani dan berkaitan.
|
PERSEMBAHAN
& MUZIK IRINGAN
|
Menyediakan persembahan anggaran 8-10 minit
sebagai selingan antara ucapan dan penyampaian hadiah.
Memilih dan melatih murid berkenaan mengikut
keperluan.
Memastikan persembahan berjalan dengan baik
dan terkawal.
Menyediakan lagu Negaraku untuk permulaan
majlis.
Menyediakan muzik iringan(kompang) semasa
ketibaan tetamu VIP. (Jika perlu)
Menyediakan muzik iringan(gamelan) semasa
penerimaan hadiah.
|
JAMUAN DAN KUDAPAN
|
Menentukan
menu dan persiapan tempat.
Menguruskan
hidangan VIP,tetamu serta ibubapa.
Mengurus
kudapan murid-murid(penerima hadiah,persembahan & pembawa bunga manggar)
Menyediakan
gelas & air mineral untuk tetamu VIP,pengacara majlis dan AJK bertugas.
|
PA SISTEM
|
Menyediakan
mikrofon mengikut keperluan.
Memastikan
PA sistem berfungsi dengan baik.
Memulangkan
semula peralatan yang dipinjam ke tempat asal.
|
HADIAH/SIJIL DAN CENDERAMATA
|
Menyediakan
senarai hadiah dan cenderamata.
Menyusun
hadiah mengikut tatacara majlis.
Menghias
meja hadiah.
Mengemas
semula tempat hadiah selepas majlis berakhir
Mengurus
penerimaan hadiah waktu raptai.
|
PENGAWAS PESERTA/KAWALAN MURID
|
Mengurus
raptai penyampaian hadiah.
Memastikan
disiplin dan keselamatan murid.
Melabel
nama murid pada kerusi penerima hadiah.
Memastikan
kebersihan khemah semasa majlis berlangsung
Memastikan
murid yang menerima hadiah duduk di tempat yang telah ditetapkan dan bersedia
untuk menerima hadiah.(Selaraskan dengan pengacara majlis)
Menyediakan
pengganti sekiranya penerima hadiah tidak hadir dan pastikan hadiah diambil
semula oleh guru dan disimpan.
|
DOKUMENTASI/FOTOGRAFI
|
Merakamkan
gambar sepanjang majlis berjalan mengikut kesesuaian dan keperluan sekolah.
Gambar
yang telah dirakam hendaklah diserahkan kepada PK Pentadbiran untuk tujuan
laporan program.
Laporan
dan post mortem program.
|
BACAAN DOA
|
Membaca
doa di awal majlis.
|
PENDAFTARAN
|
Menyediakan
borang pendaftaran.
Menyediakan
2 kaunter(meja) pendaftaran.
Mencatat
kehadiran ibu bapa.
Mengedarkan
buku program kepada ibu bapa yang hadir.
|
TENTATIF PROGRAM
TENTATIF MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN PELAJAR
SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT BAKAR DARAT 2016
MASA
|
AKTIVITI/ACARA
|
TINDAKAN
|
2.00 petang
|
Pendaftaran
Dua kaunter dibuka untuk pendaftaran.
Ibubapa dan tetamu yang hadir mencatat
kehadiran di meja pendaftaran sebelum masuk ke dewan untuk mengambil tempat.
Penyerahan Buku Program Majlis.
(Ibu bapa diberikan makanan)
|
AJK Pendaftaran& Buku Program.
AJK Makanan/Kudapan
|
2.15 petang
|
Hadirin mengambil tempat di dalam dewan.
|
AJK Penyambut tetamu.
|
2.30 petang
|
Ketibaan tetamu kehormat diiringi oleh Guru
Besar dan AJK Penyambut tetamu.
Pemakaian rosette (cadangan) dan penyerahan
Buku Program VIP.
Dua orang murid memegang bunga manggar
mengiringi tetamu kehormat.
Pengacara majlis mengumumkan ketibaan tetamu
kehormat dan meminta hadirin berdiri sebagai menghormati tetamu kehormat.
Nyanyian lagu Negaraku dengan iringan muzik.
|
AJK Penyambut tetamu/Guru Besar &
barisan penolong kanan/AJK Persembahan dan muzik iringan.
|
2.45 petang
|
Majlis dimulakan dengan bacaan doa.
|
Ustaz
|
2.50 petang
|
- Pengacara menjemput YDP PIBG
memberikan ucapan.
- Pengacara Guru Besar memberikan ucapan.
- Pengacara majlis menjemput perasmi
memberikan
ucapan seterusnya merasmikan majlis.
(Murid untuk persembahan bersedia di
belakang pentas)
|
Pengacara majlis.
AJK Persembahan.
|
3.45 petang
|
Pengacara mengumumkan acara persembahan
murid.
Persembahan murid dimulakan.
(Selepas persembahan murid-murid menerima
makanan)
|
AJK Persembahan.
AJK Makanan/Kudapan
|
4.00 petang
|
(Muzik gamelan dipasang sepanjang majlis penyampaian
hadiah)
Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah Akademik(Tahap 1): Tahun 1,2 & 3
(Murid-murid penerima hadiah menerima
makanan sejurus selepas naik keatas pentas menerima hadiah.)
|
AJK Hadiah/AJK Persembahan/ muzik iringan.
|
4.30 petang
|
Pengacara mengumumkan acara persembahan
murid.
Persembahan murid dimulakan.
(Murid untuk persembahan bersedia di
belakang pentas)
(Selepas persembahan murid-murid menerima
makanan)
|
AJK Persembahan/muzik iringan
|
4.40 petang
|
Majlis diteruskan dengan penyampaian Hadiah
Akademik(Tahap 2):Tahun 4,5 & 6
Penyampaian hadiah kepadaTokoh Kokurikulum
(Murid-murid penerima hadiah menerima
makanan sejurus selepas naik keatas pentas menerima hadiah.)
|
AJK Pengawas Peserta/Kawalan Murid
AJK Makanan & Kudapan
|
5.10 petang
|
Pengacara majlis mengucapkan terima kasih
kepada tetamu yang hadir dan menjemput tetamu untuk menjamu selera di kantin
sekolah.
|
|
5.20 petang
|
Majlis bersurai.
|
|
5.25 petang
|
AJK Persiapan Tempat memastikan kebersihan
dewan,
mengemas dan memulangkan semula peralatan
yang dipinjam atau digunakan ke tempat asal.
|
AJK Persiapan Tempat & Pekerja Sekolah
|
PENUTUP
Adalah diharapkan agar program yang dirancang
ini dapat dilaksanakan dengan sempurna dan jayanya. Semoga segala usaha murni
ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada pihak pengurusan agar objektif serta
matlamat yang dikehendaki tercapai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.