1.1. Keselamatan di sekolah adalah penting bagi melahirkan individu yang sihat dan selamat untuk merangsang kecemerlang pembelajaran dari segi JERI selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara.
1.2. Iklim sekolah selamat adalah diperlukan untuk menggalakkan perkembangan JERI yang sihat dan selamat bagi peringkat awal pelajar.
2. MATLAMAT
Mewujudkan budaya selamat di dalam kawasan sekolah secara berterusan dengan kerjasama semua warga sekolah dan sokongan daripada keluarga khasnya dan masyrakat umunya
3. OBJEKTIF
3.1 Mewujudkan persekitaran sihat, selamat dan ceria di dalam kawasan sekolah.
3.2 Memastikan hak individu/warga SK PT BAKAR DARAT selamat,dihormati dan dijaga.
3.3 Meningkatkan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran
.
3.4 Memastikan tatacara dipatuhi bagi setiap tindakan yang diambil.
3.5 Meningkatkan penglibatan warga SK PT BAKAR DARAT dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan aktiviti lain.
3.6 Meningkatkan kesedaran dan kefahaman warga SK PT BAKAR DARAT bagi menghadapi
sebarang isu Keselamatan, kecemasan, kemalangan dan malapetaka.
3.7 Mewujudkan semangat sepunya dalam kalangan warga SK PT BAKAR DARAT
4. ASPEK KESELAMATAN
4.1 Keselamatan diri warga sekolah
4.2 Keselamatan fizikal sekolah
4.3 Keselamatan emosi.
4.4 Keselamatan sosial.
4.5 Keselamatan kesihatan
5. MANDAT KESELAMATAN DI SEKOLAH
A. Surat Pekeliling Ikhtisas bil 7/1995 -Tatacara mengenakan tindakan & hukuman
terhadap pelajar sekolah.
B. Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 4/199 - Perlaksanaan kuasa disiplin & hukuman di
Sekolah.
C. Surat Pekeliling Iktisas bil: 16/1998 - Menangani kegiatan gengster di sekolah.
D. Surat Pekeliling Ikhtisas bil: 18/1998 - Penggunaan budi bicara ketika mengambil
tindakan.
6. TINDAKAN PELAJAR
A. Patuh kepada arahan guru pada setiap masa
B. Sentiasa mengamalkan nilai-nilai murni.
C. Mengamalkan kebersihan dan keselamatan fizikal kelas.
7. TINDAKAN GURU/PENTADBIR
A. Menjelaskan kepada pelajar tentang peraturan keselamatan.
B. Menguatkan peraturan keselamatan sekolah
C. Mengambil tindakan segara di atas sebarang salahlaku pelajar.
D. Memastikan keadaan kelas sentaiasa kemas, bersih dan teratur.
E. Memastikan inventori kelas dalam keadaan selamat
8. POLISI KESELAMATAN SEKOLAH
8.1 KAWALAN KESELAMATAN 24 JAM
a. Kawalan keselamatan 24 jam diadakan setiap hari dan sekurang-kurangnya seorang pengawal akan bertugas di pondok pengawal mengawasi pintu pagar keluar masuk untuk keselamatan warga sekolah
b. Pengawal memastikan setiap pelawat melaporkan diri sebelum memasuki kawasan sekolah.
c. Pihak pengawal keselamatan ditugaskan untuk membuat rondaan dari semasa ke semasa di sekitar kawasan sekolah untuk menjaga keselamatan dan mengelak daripada perkara yang tidak diingini berlaku dan melaporkan sebarang kes luar biasa dengan segera kepada pihak pentadbir .
d. Semasa bertugas, pengawal mesti menguncikan Peti Jam Keselamatan yang diletakkan di tempat-tempat tertentu setiap kali mereka membuat rondaan.
e. Setiap Pengawal mesti merekod kejadian yang berlaku semasa mereka bertugas.
f. Buku Laporan Pengawal harus dihantar kepada pihak pentadbir sekolah untuk disemak pada tiap-tiap pagi.
8.2 KESELAMATAN BERKAITAN DISIPLIN PELAJAR
a. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut tanpa sebarang sebab munasabah hendaklah diberitahu kepada ibu bapa serta dihantar surat amaran pertama oleh Guru Kelas.
b. Kes ponteng kelas dan kes-kes pelanggaran disiplin ringan hendaklah terlebih dahulu diambil tindakan oleh guru mata pelajaran. Hanya kes berat barulah diserahkan kepada Guru Besar.
c. Guru yang sedang mengajar hendaklah juga memastikan setiap perkembangan masalah disiplin dicatat dalam Pulangan Harian dan Guru Kelas hendaklah mengingatkan Ketua Darjah untuk menghantar Buku Catatan Harian ke Bilik GPK HEM bagi tujuan pengrekodan. Pengrekodan di dalam kad demerit dilakukan oleh Guru Kelas dan murid-murid dimaklumkan setiap 2 minggu.
d. Lembaga Disiplin Sekolah hendaklah bertindak segera jika ada laporan khas tentang masalah disiplin pelajar.
e. Memberi nasihat dan peringatan tentang disipilin dari semasa ke semasa kepada pelajar.
8.3 KESELAMATAN BILA TIADA GURU DI DALAM KELAS
Menggalak pelajar untuk menelaah pelajaran atau menyelesaikan kerja sekolah yang diberikan semasa ketiadaan guru di dalam kelas dan sentiasa mematuhi peraturan dalam kelas yang terkandung di dalam peraturan sekolah.
Tindakan Pelajar:
a. Pelajar digalakkan menelaah buku dan nota.
b. Ketua Kelas mencatatkan dan melapor nama pelajar yang menimbulkan masalah di dalam kelas.
c. Ketua Kelas bertanggungjawab memanggil guru mata pelajaran.
d. Sekirnya guru tersebut tiada di dalam kelas, Ketua Kelas dan penolong Ketua Kelas bertanggungjawab memastikan kelas terkawal dan selamat.
Tindakan Sekolah:
a. Guru yang akan menghadiri kursus mestilah menyediakan latihan untuk kelas dan diserah untuk direkodkan kepada Penolong Kanan 1. Latihan akan diserahkan kepada kelas semasa ketiadaan guru tersebut.
b. Menyediakan Jadual Relief untuk guru ganti.
c. Memantau dan memastikan kelas tersebut sentiasa terkawal dan selamat
8.4 TATACARA MENANGANI DISIPLIN DI DALAM KELAS
a. Pelajar yang tidak hadir ke sekolah melebihi 3 hari berturut-turut tanpa sebarang sebab munasabah hendaklah diberitahu kepada ibu bapa serta dihantar surat amaran pertama oleh Guru Kelas.
b. Kes ponteng kelas dan kes pelanggaran disiplin ringan hendaklah diambil tindakan terlebih dahulu oleh Guru Kelas sebelum menyerahkan kes tersebut kepada PK HEM.
c. Kes disiplin berat hendaklah dilaporkan kepada PENTADBIR SEKOLAH secepat mungkin untuk tindakan segera.
8.5 POLISI DAN TATACARA TINDAKAN JAWATANKUASA KANTIN
8.5.1 Merujuk kepada:
a. Surat pekeliling ikhtisas bil : 5/ 1995 - Keracunan makanan di sekolah-sekolah.
b. Surat pekeliling ikhtisas bil : 6/ 19968 - Menjaga kesihatan pelajar sekolah.
8.5.2 Tindakan Jawatankuasa Kantin
Memantau dan memastikan pengusaha kantin mematuhi peraturan dan Pekeliling Kementerian Pendidikan dan Kesihatan.
a. Memastikan makanan dan minuman yang dijual mengikut syarat perjanjian hendaklah dipamerkan
b. Memastikan peralatan yang digunakan bersih, selamat serta penjual menggunakan penyepit untuk mengambil makanan.
c. Memastikan pengusaha menuediakan keadaan dan persekitaran dalamam dan luar kantin yang bersih, kemas dan ceria.
d. Memastikan pekerja kantin ada menjalani pemeriksaan kesihatan dan memiliki kad
kesihatan yang sah.
kesihatan yang sah.
e. Memastikan semua makanan ditutup dengan rapi.
f. Memastikan makanan yang disediakan untuk harian mencukupi.
g. Memastikan pelajar dan guru mempunyai tempat duduk yang mencukupi, selamat dan selesa.
h. Membuat laporan mingguan dalam buku laporan kantin.
i. Mengadakan mesyuarat Jawatankuasa Kantin 3 kali setahun dan perbincangan dari
semasa ke semasa.
semasa ke semasa.
j. Memastikan pekerja kantin menggunakan pakaian yang bersesuaian, kemas dan bersih
seperti alas kepala, apron dan lain-lain.
seperti alas kepala, apron dan lain-lain.
k. Memastikan pengusaha kantin menjual makanan dan minuman yang HALAL, SUCI dan BERSIH.
l. Memastikan pengusaha kantin mematuhi jadual masa operasi.
8.5.3 Peraturan Di Kantin
Mematuhi peraturan am di kawasan sekolah.
a. Pelajar tidak dibenarkan berlari dan berkejar-kejaran dalam dan di luar kantin.
b. Pelajar digalakkan makan, minum di kantin, di pondok rehat umum dan bukan di dalam
bilik kelas.
bilik kelas.
c. Pelajar beratur, tertib dan mengamalkan displin diri yang tinggi ketika membeli makanan
dan minuman di kantin.
dan minuman di kantin.
d. Membuang sisa dan bungkusan makanan ke dalam tong sampah yang disediakan.
e. Bersopan dan bertertib semasa makan dan minum.
8.6 TATACARA TINDAKAN SEMASA DI DALAM TANDAS
8.6.1 Tindakan semua pengguna tandas:
a. Jangan menconteng dan melakukan vandalisme di dalam tandas.
b. Pastikan semua pili paip ditutup selepas digunakan.
c. Curahkan tandas selepas digunakan.
d. Cuci tangan sebelum keluar tandas.
e. Jangan bergurau dan merokok di dalam tandas
f. Jangan melakukan perbuatan yang tidak senonoh.
g. Bekerjasama untuk menjaga kebersihan tandas.
8.6.2 Tatacara Tindakan Pihak Pengurusan Tandas
a. Menentukan pekerja kontrak menjalankan tugas mereka mengikut jadual yang ditetapkan.
b. Memastikan tandas dan singki sentiasa bersih, tidak berbau dan tersumbat.
c. Memastikan takungan air sentiasa ditutup , bersih dan bebas daripada pembiakan
nyamuk.
nyamuk.
d. Memastikan lantai dicuci dengan sabun dan dimop supaya sentiasa bersih dan tidak licin.
e. Memastikan sampah yang terdapat di dalam tandas dibuang ke tempat yang disediakan.
8.7 TATACARA TINDAKAN DI LUAR KELAS
Tindakan Pelajar:
a. Sentiasa mematuhi peraturan sekolah.
b. Sentiasa mempraktikkan nilai-nilai murni seperti memberi salam , menghormati guru
dan orang lain, bersopan-santun, menepati masa dll.
dan orang lain, bersopan-santun, menepati masa dll.
c. Tidak membuat bising dan menjerit-jerit.
d. Tidak berlari, berkejaran dan merayau-rayau di kawasan sekolah semasa waktu
pembelajaran.
pembelajaran.
e. Tidak melepak, berdua-duan dan makan di setiap tangga blok.
f. Tidak merokok.
g. Tidak membuli dan memeras ugut pelajar lain.
h. Tidak menggunakan kata-kata kesat, menghina, mengejek dan merendahkan orang
lain.
lain.
i. Tidak makan di kantin semasa waktu pembelajaran sedang berjalan.
j. Tidak merosakkan tanaman dan pokok-pokok.
k. Tidak berada di kawasan larangan seperti blok asrama, rumah kediaman guru dan
bengkel.
bengkel.
l. Melaporkan kepada guru atau pihak pentadbir sekiranya ada sebarang salahlaku disiplin pelajar di kawasan sekolah.
8.8 KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN PELAWAT
a. Setiap pelawat ke sekolah mesti melaporkan diri di pondok pengawal dan meninggalkan kad pengenalan sebelum masuk ke kawasan sekolah.
b. Pelawat mesti menulis nama dan tujuan lawatan di dalam buku rekod pelawat di pondok pemgawal.
c. Pelawat yang hendak berurusan dengan pelajar hendaklah mendaptkan kebenaran dari pihak pentadbir atau guru.
8.9 PERATURAN PEJABAT AM
a. Pelawat melaporkan diri di pejabat dahulu sebelum menemui guru/pelajar. (Ibu bapa yang hendak membawa anaknya pulang mestilah mendapat kebenaran daripada Guru Besar/ PK 1 / PK HEM/PK P)
b. Pegawai atau pekerja yang ada meminjam sebarang harta sekolah dikehendaki merekodkan butir-butir pinjaman melalui pegawai berkenaan dan memulangkan harta sekolah pada tarikh yang ditetapkan.
c. Segala dokumen seperti fail dan dokumen pejabat tidak dibenarkan dibawa keluar tanpa kebenaran.
d. Kipas, lampu, radio, komputer, sistem siaraya dan semua peralatan elektrik termasuk pintu hendaklah ditutup sebelum meninggalkan pejabat.
e. Pelawat hendaklah dilayan dengan cekap dan mesra.
f. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke pejabat tanpa sebarang urusan mustahak.
g. Pelawat termasuk guru, pekerja dan pelajar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran pegawai di kaunter untuk berjumpa Guru Besar/ GPK1/ GPK HEM/GPK KOK.
8.10 TINDAKAN GURU /PIHAK PENTADBIR SEMASA BENCANA / KEBAKARAN
a. Memberi arahan kepada pelajar untuk keluar mengikut tangga yang selamat
b. Mengawal keselamatan dan disiplin pelajar.
c. Tidak membenarkan pelajar masuk semula ke kawasan kebakaran
d. Mengambil kehadiran pelajar mengikut kelas / kumpulan masing-masing.
e. Melaporkan kepada Guru Besar /pihak pentadbir tentang kehadiran pelajar dan kejadian.
f. Mengesan pelajar yang tidak dalam kumpulan.
g. Menghubungi pihak bomba dan memberi laporan tentang kejadian supaya lebih mudah bagi mereka bertindak.
8.11 KESELAMATAN SEMASA AKTIVITI KECERAIAN DAN KERJA KUMPULAN
Tindakan pelajar:
a. Mematuhi peraturan am sekolah.
b. Sentiasa mematuhi arahan guru.
c. Mengutanmakan keselamatan semasa menggunakan peralatan.
d. Mengambil peralatan dari setor dan memulangkan semua peralatan yang telah digunakan setelah habis bekerja.
e. Tidak bermain dan bergurau semasa menggunakan peralatan yang boleh menyebabkan kecederaan atau kemalangan.
Tindakan guru
a. Mengagihkan tugas dan merekodkan kehadiran pelajar.
b. Memastikan peralatan selamat untuk digunakan.
c. Meronda dan memastikan aktiviti dijalankan dengan sempurna.
d. Bertindak segera sekiranya berlaku kecemasan, kecederaan atau kemalangan.
e. Memastikan semua peralatan dikembalikan ke dalam setor.
8.12 PERATURAN BILIK GURU
a. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilis guru tanpa kebenaran.
b. Pelajar mesti sentiasa bersopan santun semasa di bilik guru.
c. Pelajar hendaklah sentiasa berpakaian kemas dan sesuai.
d. Pelawat/Ibu bapa hendaklah dilayan dengan hormat, cepat dan mesra.
e. Semua guru hendaklah bekerjasama menjaga keadaan bilik guru supaya sentiasa bersih, kemas dan ceria.
f. AJK bilik guru perlu menentukan papan notis sentiasa kemas dan notis-notis lama diturunkan.
g. Guru mempastikan semua suis peralatan elektrik dimatikan sebelum meninggalkan bilik guru.
8.13 POLISI KESELAMATAN PENGGUNAAN TANGGA
Tatacara Tindakan Pelajar
a. Pelajar harus beratur semasa menggunakan tangga.
b. Tidak tergesa-gesa / bertolak-tolak semasa menggunakan tangga.
c. Jangan jadikan tangga tempat untuk berkumpul atau bergurau.
d. Jangan makan dan membuang sampah di atas tangga.
e. Elakkan kasut yang tidak sesuai dan boleh membahayakan.
f. Mematuhi arahan pengawas yang bertugas di tangga semasa kecemasan
Tatacara Tindakan / Guru / Pihak Pengurusan
a. Memastikan tidak ada sebarang halangan di tangga.
b. Membaiki pemegang tangga yang rosak dan berkarat.
c. Memastikan tangga dalam keadaan kering dan selamat
d. Memastikan lampu sentiasa dipasang di tangga pada waktu malam dan cuaca gelap.
e. Menyediakan amaran bahaya & peringatan penggunaan tangga.
f. Mendenda pelajar yang tidak mematuhi peraturan tangga.
g. Mengaturkan pengawas bertugas di kawasan tangga.
h. Memberikan bantuan segera apabila berlaku kemalangan di tangga.
9. POLISI KESELAMATAN DI BILIK-BILIK KHAS
9.1 Peraturan Keselamatan Di Makmal Sains
a. Semua makmal ada pemadam api dan peti kecemasan.
b. Pelajar tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal tanpa guru.
c. Pelajar mesti beratur dan senyap semasa masuk ke makmal.
d. Pelajar sentiasa mematuhi peraturan am makmal serta arahan guru.
e. Pelajar tidak bising dan bermain dalam makmal.
f. Pelajar tidak menjalankan sesuatu aktiviti atau uji kaji tanpa kebenaran guru.
g. Pelajar tidak memasang kipas semasa menjalankan eksperimen khususnya eksperimen yang melibatkan penggunaan penunu Bunsen.
h. Pelajar yang berambut panjang mesti mengikatnya dan yang bertudung mestilah dipinkan kepada baju supaya tidak ditiup angin.
i. Pelajar tidak berebut-rebut untuk mendapatkan bahan kimia.
j. Baca label pada botol bahan uji dengan teliti sebelum memulakan eksperimen.
k. Pelajar tidak membazirkan bahan kimia, gas, air dan tenaga elektrik.
l. Melaporkan sebarang kemalangan atau kecederaan kepada guru dengan segera.
m. Bersihkan radas atau bahan selepas digunakan dan letakkan pada tempat asal.
n. Buangkan semua sampah ke dalam tong sampah.
o. Bersihkan papan tulis, sinki, meja dan letakkan bangku di atas meja serta tutup semua suis elektrik dan paip air sebelum meninggalkan makmal.
9.2 Peraturan Keselamatan Di Bilik Pendidikan Seni
a. Peraturan am hendaklah dipatuhi.
b. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran.
c. Pelajar tidak dibenarkan menggunakan peralatan tanpa kebenaran dan pengawasan guru.
d. Peralatan hendaklah dibersihkan selepas digunakan.
e. Peralatan yang telah digunakan hendaklah disusun dan diletakkan di tempat asal.
f. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar sebarang peralatan tanpa kebenaran guru.
g. Pastikan keadaan di dalam bilik bersih, kemas dan teratur serta semua suis elektrik dimatikan sebelum keluar.
h. Pastikan pintu dikunci sebelum balik.
9.3 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik Komputer
a. Peraturan am sekolah hendaklah dipatuhi.
b. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru
c. pelajar tidak dibenarkan membawa masuk beg, makanan dan minuman.
d. Pelajar tidak dibenarkan membuat bising dan bermain serta melakukan aktiviti tanpa kebenaran guru.
e. Pelajar hendaklah menulis nama, kelas, masa masuk dan keluar serta nombor komputer yang digunakan di dalam buku rekod yang disediakan.
f. Pastikan disket bebas dari virus.
g. Tutup komputer dengan tatacara yang betul.
h. Pastikan bilik sentiasa kemas dan bersih.
i. Pastikan semua suis elektrik ditutup, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik.
9.4 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik APD
a. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa guru.
b. Peraturan am sekolah dan arahan guru hendaklah sentiasa dipatuhi.
c. Relajar hendaklah sentiasa senyap dan tertib.
d. Pelajar tidak dibenarkan mengganggu dan mengusik peralatan di bilik APD.
e. Pelajar tidak dibenarkan membawa peralatan di bilik APD keluar.
f. Memastikan bilik sentiasa bersih, kemas dan teratur sebelum keluar.
g. Memastikan semua suis elektrik, tingkap, pintu dan gril ditutup dan dikunci sebelum balik.
9.5 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Perpustakaan.
Tindakan Pelajar.
a. Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
b. Pelajar tidak dibenarkan masuk sekiranya tiada guru, pembantu tadbir atau perpustakawan.
c. Pelajar sentiasa berpakaian kemas dan sopan.
d. Pelajar tidak dibenarkan membawa sebarang buku masuk kecuali mendapat kebenaran daripada pihak-pihak berkenaan.
e. Pelajar menyerahkan semua bahan bacaan kepada pengawas/pustakawan untuk pemeriksaan.
f. Alas kaki hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
9.6 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik SPBT
Tindakan Pelajar.
a. Peraturan Am Sekolah hendaklah dipatuhi.
b. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran ataupun pengawasan guru yang berkenaan.
c. Pelajar tidak boleh membawa masuk sebarang peralatan kecuali dengan kebenaran guru.
d. Pelajar tidak membuat bising ataupun bermain di dalam bilik tersebut.
e. Pelajar tidak membawa sebarang bahan keluar tanpa kebenaran guru.
f. Pelajar tidak mengubah kedudukan bahan-bahan daripada tempat asal.
g. Merekodkan sebarang pergerakan bahan mengikut prosedur yang ditetapkan.
h. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.
9.7 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Bilik Bimbingan Kaunseling.
Tindakan pelajar.
a. Peraturan Am Sekolah haruslah dipatuhi.
b. Pelajar tidak dibenarkan masuk tanpa kebenaran dan kehadiran guru kaunselor.
c. Pelajar dikehendaki menanggalkan alas kaki dan meletakkannya di tempat yang dikhaskan sebelum masuk.
d. Pelajar tidak boleh membawa makanan dan minuman ke dalam bilik.
e. Pelajar tidak boleh membawa sebarang bahan keluar daripada bilik.
f. Pealatan dan bahan disimpan di tempat asal setelah digunakan.
g. Memastikan bilik dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
h. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.
9.8 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Penggunaan Surau.
Tindakan Pelajar.
a. Tertakluk kepada Peraturan Am Sekolah.
b. Alas kaki tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam surau dan ia hendaklah disusun dengan di bahagian tangga surau.
c. Pelajar tidak boleh membawa sebarang makanan dan minuman ke dalam surau.
d. Pelajar tidak boleh lepak, tidur ataupun membuat bising di kawasan surau.
e. Peralatan dan bahan-bahan yang terdapat dalam surau tidak boleh diubah kedudukannya ataupun dipindahkan tanpa kebenaran guru yang bertanggungjawab.
f. Pelajar tidak boleh menggunakan surau sebagai tempat untuk menukar pakaian sama ada untuk PJK atau aktiviti lain.
g. Memastikan surau dalam keadaan bersih dan kemas sepanjang masa.
h. Memastikan lantai untuk mengambil wuduk bersih dan tidak licin.
i.Melaporkan sebarang kerosakkan untuk dibaikpulih dengan segera.
j. Memastikan semua peralatan elektrik disimpan dengan selamat.
k. Memastikan pintu pagar sentiasa dikunci sekiranya surau tidak digunakan.
9.9 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Penggunaan Bilik Rawatan.
a. Peraturan Am Sekolah sentiasa dipatuhi.
b. Hanya ahli-ahli yang bertugas sahaja yang dibenarkan untuk berada didalam bilik untuk membantu dalam rawatan kepada pelajar yang memerlukannya.
c. Pelajar yang sakit dan ingin menggunakan bilik rawatan perlu mendapat kelulusan daripada Guru Kesihatan.
d. Pelajar yang menghadapi masalah kesihatan yang serius akan dicadangkan untuk menerima rawatan lanjut di hospital.
e. Tanggalkan alas kaki di koridor dan ditempat yang disediakan sebelum masuk untuk menerima bantuan kesihatan.
9.10 Polisi Keselamatan Dan Tatacara Tindakan Di Stor Peralatan Sukan
Tindakan Pelajar.
a. Peraturan Am sekolah mestilah dipatuhi.
b. Pelajar yang ingin menggunakan bilik ini perlu mendapat kelulusan daripada Guru Sukan
c. Guru bertugas perlu berada di bilik stor sujan.
d. Pelajar tidak dibenarkan membawa keluar peralatan tanpa kebenaran guru yang bertanggungjawab dan memastikan peralatan yang dipinjam diletakkan pada kedudukan asalnya.
e. Pelajar sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga ketika menggunakan peralatan sukan.
f. Melaporkan sebarang kerosakan, kecederaan dan kemalangan semasa bersukan kepada guru yang bertanggungjawab.
g. Pastikan semua suis lampu dan kipas, tingkap, pintu dan grill telah dikunci selepas digunakan.
10 POLISI KESELAMATAN DAN TATACARA TINDAKAN GURU UNTUK SEMUA BILIK KHAS.
a. Memastikan semua bahan dilabel dan disusun dengan kemas dan teratur.
b. Membuat inventori bagi semua bahan dan peralatan di bawah tanggungannya.
c. Memastikan disiplin dan pergerakan pelajar terkawal bersesuaian dengan aktiviti yang dijalankan.
d. Memaklumkan kepada pihak pentadbir sekiranya terdapat sebarang kekurangan atau masalah untuk diambil tindakan segera.
e. Memastikan semua suis elektrik, pintu, tingkap dan grill telah ditutup selepas selesai menggunakan bilik khas.
10.1 Polisi Keselamatan Dan Prosedur Tatacara makluman Peraturan Sekolah.
a. Pelajar dimaklumkan tentang peraturan sekolah semasa perhimpunan oleh Guru Besar, Penolong Kanan Hal Ehwal pelajar dan Guru Kelas dan guru matapelajaran semasa di dalam kelas.
b. AJKDS menguatkuasakan peraturan sekolah dengan menjalankan pemeriksaan disiplin semasa perhimpunan dan dari semasa kesemasa mengikut keperluan sekolah.
c. Melaksanakan siasatan mengikut prosedur terhadap tindakan disiplin yang telah ditetapkan oleh peraturan sekolah.
d. Menjemput pihak polis untuk membantu dalam menjalankan pemeriksaan air kencing, beg dan fizikal pelajar secara mengejut.
e. Bertindak sebagai pegawai perhubungan antara pihak sekolah dengan ibubapa atau penjaga khasnya yang berkaitan dengan masalah disiplin pelajar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.